Home » » Sinopsis Pak Su Man ,TV AlHijrah,setiap Rabu, Khamis,Jumaat, jam 8.30 malam

Sinopsis Pak Su Man ,TV AlHijrah,setiap Rabu, Khamis,Jumaat, jam 8.30 malam

Sinopsis Drama Bersiri Pak Su Man, TV Alhijrah

Pak Su Man mengisahkan sejak kematian Razlan dan Ayati akibat kemalangan jalan raya, empat anak mereka, Muhammad Ashraf, Nur Aisyah Suraya, Nur Aqilah Sofea dan Muhammad Arief menerima wasiat diletakkan di bawah jagaan Riezman, adik Razlan. Riezman juga diwasiatkan untuk mengambil alih syarikat arwah Razlan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Pak Su Man

Riezman mendirikan rumah tangga dengan Sumayyah dan mempunyai anak bernama Ady Mirza. Karektor peribadi Riezman berlainan dengan arwah abangnya. Riezman, seorang yang lebih ketimuran dan kuat berpegang pada ajaran agama Islam.

Berhadapan dengan kerenah anak-anak saudara yang memeningkan kepala menjadikan Riezman dan Sumayyah lebih matang dan sabar. Mereka terpaksa berusaha sebaik mungkin menyara hidup keluarga dengan keadaan syarikat peninggalan Razlan yang goyah.

Riezman dan Sumayyah terpaksa berjimat cermat dan bersederhana sejajar dengan konsep Islam kepada anak-anak buahnya walaupun pada mata kasar, mereka hidup di dalam mahligai yang mewah. Penerimaan Ashraf agak dingin kerana mereka beranggapan Pak Su Man mereka seorang yang konservatif. Ashraf menganggap Pak Su Man tidak layak mengambil alih tempat arwah bapanya, baik sebagai bapa mahupun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Sebaliknya, Aishah menerima kehadiran Pak Su Man dan isterinya dengan berlapang dada.

Konflik tercetus apabila orang kuat syarikat arwah Razlan, Tarmizi menjadi duri dalam daging. Tarmizi pura-pura memahami Ashraf namun pada hakikatnya dia cuma mahu mempergunakan Ashraf. Tarmizi merasakan inilah masa yang sesuai untuknya meluaskan empayar komplotnya ke atas Riezman. Ashraf tidak mengerti apa-apa dalam urusan syarikat dipergunakan Tarmizi.

Pak Su Man dikejutkan dengan dua berita yang mendukacitakan. Apakah berita itu? Adakah Pak Su Man mampu menyatukan kembali keluarga dan memikul amanah arwah abangnya?

Ikuti drama menarik Paksu Man di AlHijrah setiap Rabu, Khamis dan Jumaat, jam 8.30 malam.



 
Chatroom