Home » » » Masalah Jerawat Hilang Bila Hamil - Posh Spice

Masalah Jerawat Hilang Bila Hamil - Posh Spice

Bekas anggota kumpulan Spice Girls yang kini sudah bertukar profesion sebagai seorang pereka fesyen, Posh Spice atau Victoria Beckham memang sudah lama mengalami masalah kulit iaitu sejak zaman remajanya lagi. Namun begitu, dia kini nampaknya cukup gembira sekali dengan perubahan penampilannya sejak dia disahkan hamil dengan anak yang keempat.


Sumber yang rapat dengan bintang berusia 36 tahun ini memberitahu: "Victoria sudah mencuba bermacam cara untuk mengatasi masalah kulit yang dihadapinya itu sejak sekian lama.

"Tapi, ia masih tidak mempunyai perubahan. Sehinggalah dia mengandung anak yang keempat ini. Perubahan hormon yang dialaminya itu sangat sesuai sekali untuknya. Dia juga mendapati bahawa kehamilan tersebut menyebabkan semua bintik-bintik itu hilang serta-merta.

"Malah, dia juga kini mempunyai warna pipi yang cantik berbanding dulu. Seolah-oleh seperti memakai pewarna pipi yang natural. Tekstur kulitnya juga sangat halus dan kebanyakan lubang pori-porinya yang sebelum ini terbuka juga sudah tertutup. Dia juga banyak minum air dan makan buah-buahan seperti kiwi dan strawberi," katanya yang turut memberitahu bahawa Victoria bakal men lahirkan anak keempatnya pada musim panas ini.

Sepertimana Victoria yang kini sudah mempunyai 3 anak lelakinya iaitu Brooklyn, 11, Romeo, 8, dan Cruz, 5, suaminya, Beckham, 35, juga nampaknya cukup menyenangi sekali perubahan yang ada padanya itu.

David berpendapat Victoria semakin seksi dan cantik dengan perubahan yang sihat itu.

Panduan Atasi Jerawat
Panduan Atasi Jerawat. Info lanjut, KLIK SINI



Affiliates

 
Chatroom