Sinopsis Cinta Seorang Isteri
Cinta Seorang Isteri berkisarkan percintaan menarik antara Johari (Ijoy Azhari) dan Amy (Zaryn Min). Amy mencintai Johari dari zaman remaja tetapi mendapati Johari bukan lelaki yang sempurna. Bagaimanapun kerana ibu bapanya, Amy sanggup berkahwin dengan Johari.
Johari tidak pernah ambil tahu mengenai keadaan isterinya sampailah satu ketika Johari hanyut dalam kesombongan. Dia mula mencari-cari erti kehidupan dan sedar apa itu perkahwinan dan pengertian mengenai isteri.
Drama ini akan ditayangkan menerusi TV2 RTM bulan ini.
Penulis skrip Cinta Seorang Isteri, Roziah Ahmad, berkata dia mengambil masa selama empat bulan untuk menghasilkan skrip pertamanya. Dia yang mengikuti kursus penulisan skrip, mengangkat drama ini daripada kisah benar tetapi diubahsuai dengan unsur dramatik supaya lebih menarik. "Ilham drama ini diambil daripada cerita Hollywood. Mulanya rasa agak susah, tapi dengan bantuan Bronko, skrip ini berjaya juga disiapkan. Dia juga buat beberapa rombakan sehingga hasilnya benar-benar cantik," katanya.
Fasha Sandha tak mengharap Wedding Of The Year
-
Fasha Sandha dan Jejai (Rizal) tidak mengimpikan sebarang majlis
besar-besaran untuk perkahwinan mereka tetapi hanya berpuas hati dengan
acara secara seder...










