Home » » Sinopsis Drama Disapa Izrael, Astro Oasis, pukul 10 malam, 25 Mac 2011

Sinopsis Drama Disapa Izrael, Astro Oasis, pukul 10 malam, 25 Mac 2011

Sinopsis Disapa Izrael

Disapa Izrael mengisahkan Alang Atan dibebaskan daripada penjara setelah menjalani hukuman seumur hidup kerana membunuh tetapi dibebaskan dengan keampunan Yang Di Pertuan Agung.

Alang Atan yang teruja untuk menikmati kehidupan baru, bagaimanapun hampir menemui maut kerana nyaris dilanggar lori.

Sinopsis Drama Disapa Izrael

Dia menaiki teksi yang dipandu oleh Hamdan, anak arwah Mak Cik Bedah yang telah dibunuhnya. Alang Atan terkejut kerana Hamdan sedikitpun tidak marah padanya.

Destinasi pertamanya adalah menziarah kubur arwah Mak Cik Bedah, yang ditunjuk oleh Hamdan. Alang Atan berdoa semoga Allah merahmati roh Mak Cik Bedah dan memohon keampunan dosanya yang lalu.

Sambil ditemani Hamdan, Alang Atan menemui mereka yang pernah dikecewakan olehnya semasa lalu untuk memohon pengampunan agar hidupnya diredhai.

Malangnya, setiap orang yang diziarahi tidak dapat melupa dan mengampunkan dosa-dosanya termasuklah isterinya, Hamidah, lakonan Betty Benafe.

Hanya Pilus sahaja yang gembira dengan kepulangan Alang Atan kerana mereka sama-sama pernah menagih dadah dan kini Pilus tauke pengedar dadah yang cuba mengajak Alang Atan untuk mengikutnya.

Bagi Hamidah pula, dosa Alang Atan terlalu berat untuk diampunkan kerana lelaki itulah penyebab kematian Bilal Tahir, Mak Piah dan Mak Cik Bedah.

Lagipun semasa Alang Atan dipenjara, Hamidah yang tidak mempunyai sanak saudara terpaksa membesarkan anaknya sendirian. Sekali lagi kekecewaan melanda Hamidah kerana perangai anaknya, Zaidi tidak ubah seperti Alang Atan.

Zaidi meninggal dunia semasa berlumba haram dan mempunyai seorang bayi cacat hasil hubungan haram dengan seorang gadis dan Hamidah terpaksa memelihara cucunya yang cacat itu.

Dalam perjalanan dengan diiringi Hamdan, Alang Atan terkejut melihat arwah ibu, bapa, Mak Cik Bedah dan Zaidi tersenyum padanya dalam berpakaian serba putih.

Alang Atan terus keluar dari teksi untuk bertemu dengan mereka dan ketika itulah dia dirempuh lori dan tidak sedarkan diri.

Disapa Izrael akan membawa penonton menyelusuri kehidupan Alang Atan yang berada di hujung tanduk dan ketika dia ingin insaf, saat kematian pula datang menjemput.

Sempatkah Alang Atan meminta pengampunan daripada mereka yang dikecewakanya sebelum ini.

Drama penuh pengajaran, arahan, Noor Hashim Amat Suanti (Bai), terbitan Media Screen Sdn. Bhd., itu akan disiarkan di Astro Oasis, pukul 10 malam, 25 Mac ini.

Disapa Izrael turut membariskan pelakon Josiah Padilla Hogan sebagai Hamdan, Dinie Juri (Bilal Tahir), Normah Damanhuri (Mak Piah), Rose Iskandar (Mak Cik Bedah), Aedy Ashraf (Alang Atak waktu kecil) dan Daeng Faiz Kamal (Zaidi).



 
Chatroom