Home » » SinopsisTANDA Putera Negara

SinopsisTANDA Putera Negara

Sinopsis Filem TANDA Putera Negara

Filem patriotik TANDA Putera Negara mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail yang memegang jawatan terpenting negara.

Mereka bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan negara sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri.

Mencorakkan 'warna' kehidupan' rakyat terutama di pinggir bandar dan desa, golongan muda di institusi pengajian tinggi turut menjadi perhatian.

Bagi mereka, nasionalisme bukan sekadar cogankata yang dilaungkan tetapi wajib dipenuhi dengan tindakan.

Justeru mereka berpegang teguh kepada janji 'mendahulukan negara dalam apa jua keadaan'.

Tindakan pantas mereka berjaya memulihkan negara daripada kesan konflik perkauman 13 Mei 1969 dan membawa kepada keharmonian dan kestabilan negara.

Filem ini arahan pengarah berpengalaman, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau Shumi dan merupakan filem usahasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)




 
Chatroom