Home » » Sinopsos Filem Hello...Inginkumengenalmu dan barisan pelakon

Sinopsos Filem Hello...Inginkumengenalmu dan barisan pelakon

Filem romantik komedi Hello...Inginkumengenalmu mengisahkan kepada tiga sahabat terkenal di kalangan orang kampung iaitu Ako, Aki dan Awang. Mereka sering menjadi bualan penduduk kampung kerana gelagatnya yang melucukan. Mereka bekerja dengan Pak Man seorang tauke bot penumpang berasal dari Jawa.

Suatu hari mereka dikejutkan dengan berita anak bongsu Pak Man, Misya akan pulang dari luar negara.

Pak Man bersama isteri, Mak Jah dan anak sulong mereka, Ani sangat gembira dengan berita itu dan meraikan kepulangan anak mereka.

Ako, Aki dan Awang yang menaruh hati kepada Misya, ditugaskan untuk menjemput anaknya di lapangan terbang.

Di sana terjadinya aksi melucukan dan ragam mereka sehingga dituduh penculik dan hampir ditahan.

Misya berhasrat membuka klinik di kampung, tetapi dihalang Pak Man yang menginginkan Misya mencari pekerjaan di bandar.

Tanpa membantah, Misya akur dengan keputusan bapanya dan pergi ke bandar mencari sahabat lamanya, Rohaya.

Di Kuala Lumpur, Misya bertemu Rohaya tetapi rakannya itu enggan memberi tempat tinggal kepadanya sehinggalah terjadi satu tragedi Misya diragut dan menyebabkan dia cedera, hilang arah dan pengsan.

Misya diselamatkan Shafiq, doktor yang sudah kematian isteri tetapi sangat setia dengan arwah isterinya dan mempunyai seorang kawan bernama Dr Marina yang menyimpan perasaan terhadapnya.

Bagaimanapun, Dr Syafiq jatuh hati pada Misya kerana Misya mempunyai wajah mirip arwah isterinya, Sheila.

Misya tinggal bersama Edah, adik kandung Dr Shafiq dan sejak itulah mereka menyulam kasih.

Misya juga dalam diam mencintai Shafiq sehinggalah Misya disuruh pulang ke kampung oleh bapanya untuk menghadiri majlis pertunangan.

Ako, Aki dan Awang sekali lagi ditugaskan untuk menjemput Misya di bandar.

Pelbagai ragam serta lawak jenaka mereka mencuit hati sepanjang dan setibanya mereka di Kuala Lumpur.

Selepas Misya pulang ke kampung, Dr Shafiq yang kebingungan dan tertanya-tanya untuk siapakah majlis pertunangan itu dilangsungkan bertekad untuk mencari Liza di kampung dan berhasrat untuk meluahkan perasaan cinta.

Dr Shafiq berjaya menemui Misya dan berterus-terang mengenai perasaannya tetapi ditolak Misya atas sebab Misya berasakan Shafiq mencintainya hanya kerana wajahnya mirip Sheila arwah isteri Dr Shafiq.

TAJUK : Hello...Inginkumengenalmu...
TERBITAN : Nusanbakti Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Fizo Omar (Dr Shafiq), Dayana (Misya), Tauke Raja Lawak (Aki), Along Cham Raja Lawak (Ako), Angah Raja Lawak (Awang), Isma AF7 (Dr Marina), Herman Tino (Pak Man), Dina Nadzir (Ani), Hasnah (Mak Jah), Acong Sweetchild (Din), Zul 2by2 (Zul) dan Arman Tompel (Pengawal Keselamatan)




 
Chatroom