Kum Kum The Series akan mula ke udara pada 12 April ini, setiap Selasa pada jam 9.30 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Sinopsis Kum Kum The Series
Kum Kum digambarkan sebagai Mawar, seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan sangat percaya akan dunia ilmu hitam.
Mawar sangat benci terhadap seorang gadis yang cantik dan agresif bernama Shikin (Elfira Loy) kerana mereka berdua berusaha untuk merebut cinta seorang jejaka kampung yang tampan, sopan santun dan berbudi bahasa bernama Yusof (Sharnaaz Ahmad).
Pada satu hari, Mawar pergi berjumpa Mak Hitam (Didie Alias), seorang ahli sihir yang jahat untuk menjadikan dirinya lebih cantik dan menawan.
Oleh kerana Mawar melanggar larangan bomoh, Mawar menjadi buruk dan dahagakan darah. Untuk memulihkan dirinya, Mawar terpaksa meminum 21 darah perawan.
Puisi Dengarkan
-
Jika ku minta kau untuk dengarkan aku Dan kau malah memberikan saran, Kau
tidak mengerjakan apa yang ku minta Jika ku minta kau untuk dengarkan aku
Dan kau...










