Home » Filem Karak Papar Tragedi dan Ketakutan

Filem Karak Papar Tragedi dan Ketakutan

Filem Karak dihasilkan sebagai pelengkap dan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Mengharapkan agar peminat filem Melayu tidak terlalu cepat menilai atau memikirkan filem seram sentuhan sulungnya itu, sesuatu yang sama dengan filem seram yang lain, Yusry menjanjikan Karak, menampilkan sisi seram yang berbeza.

"Kita bukan terikut-ikut untuk menghasilkan filem seram kerana orang lain pun buat sebegitu. Tapi sebagai pengarah saya juga mahu menghasilkan sebuah filem yang bergenre lain daripada yang pernah saya lakukan. Tak akan saya mahu ulang mengarah genre yang sama. Pastinya orang ramai juga akan muak.

"Apa yang saya hasil ini berbeza daripada yang lain dan ianya satu nafas baru dalam industri perfileman tempatan," katanya kepada murai.com.my bercerita mengenai filem seram tersebut.

Menyambung perbualan jelas anak kedua daripada empat beradik ini, Karak mempunyai sentuhan istimewa yang bisa membuatkan penonton ketakutan sepanjang menontonnya.

"Saya tahu terlalu banyak filem seram yang telah dihasilkan tapi Karak berbeza. Karak tak sama dengan filem hantu sebelum ini. Kalau selalu saya juga pernah menonton filem hantu, hantu yang dipaparkan hanyalah kelibat atau imbasan.

"Tapi dalam Karak, hantu yang dipaparkan memang hantu bukan imbasan atau kelibat. Itulah perbezaan paling ketara Karak dengan yang filem lain.

"Karak" juga menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan special effects make-up serta CGI dengan mengambil penterjemahan bahawa jin atau syaitan boleh menyerupai pelbagai rupa," jelasnya penuh optimis.

Merupakan filem keempat arahan Yusry, Karak dibintangi oleh oleh Shahir AF8, Shera Ayob, Along Ezeyndy, Kilafairy dan Sidek Hussin.

Tambah Yusry lagi, Karak dihasilkan berdasarkan pengalaman benar orang-orang yang terdekat dengan dirinya.

"Karak ini merupakan gabungan kisah benar ahli keluarga dan teman rapat saya sendiri. Kalau mahu dilihat mesejnya, mungkin penonton akan dapat melihat di penghujung filem iaitu ayat-ayat Al-Quran bukannya untuk dihafal sebaliknya untuk difahami. Lihat dahulu kemudian mereka akan mengerti,"katanya yang tidak mahu mensasarkan kutipan yang bakal diraih oleh filem Karak.

Filem kesembilan terbitan Kru Studios itu bakal membuka tayangnya di pawagam tempatan bermula 26 Mei ini.

Trailer Filem Karak



Affiliates

 
Chatroom