Home » » Sinopsis Dunia Kita, Astro Ria bermula 27 Mei 2011

Sinopsis Dunia Kita, Astro Ria bermula 27 Mei 2011

Sinopsis Drama Bersiri Dunia Kita

Drama ini bermula dengan sesi pengenalan watak utama Dunia Kita, iaitu Rania yang akan dilakonkan oleh Scha Al-Yahya, Zara (Marsha Londoh), Daniel (Awal Ashaari), Aliff (Saiful Nizen), Rizuan (Jalaluddin Hassan), Dessy (Sharifah Shahora) dan Aressa (Nur Amalina).

Sedikit mengenai drama ini, Zara adalah seorang yang tidak mempedulikan penampilan diri untuk berjaya sebagai seorang penyanyi. Namun dia akhirnya menerima nasihat Rania untuk memperbaiki gayanya yang selekeh.

Sementara Aliff seorang yang ulat buku tetapi memiliki personaliti menarik dan memendam rasa cintanya terhadap rakannya sendiri. Manakala Daniel yang digilai semua wanita merupakan seorang kasanova di kolej.

Selain itu, Aressa seorang yang antagonis, dia sangat tercabar dengan kehadiran Rania dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghancurkan dunianya. Pelbagai gelagat kehidupan kolej masa kini yang boleh ditonton pada setiap episod drama komedi ini yang bakal mencuit hati para penonton.

Rania pula adalah umpama personaliti Carefree. Seorang yang beryakinan, riang, ceria dan mempunyai bakat fesyen yang unik, seperti juga persona Carefree yang spontan. Oleh itu, Rania adalah seorang gadis muda yang ingin menjadi seorang pereka fesyen biarpun ada halangan. Penuh dengan keyakinan, positif, periang dan seorang yang menarik - tetapi kenalah berhadapan dengan masalah, kerana adanya orang yang suka kenakan dan memberikannya masalah.

-------------

Dunia Kita yang turut dibintangi aktor kacak Awal Ashaari ini juga bakal menampilkan seorang pelakon bakat baru yang juga pemenang Carefree Girl Bebaskan Bakatmu iaitu Nur Amalina Ajaian, 18.

Dunia Kita bakal menemui penoton di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam bermula pada 27 Mei 2011



 
Chatroom