Home » » Cantik berseri tubuh langsing menawan bersama Shape Plus

Cantik berseri tubuh langsing menawan bersama Shape Plus

Kegemukan dan perut buncit adalah perkara yang paling ditakuti baik wanita mahupun lelaki. Keadaan ini terjadi disebabkan faktor pemakanan, tekanan kerja serta tidak cukup rehat.

Masalah gemuk juga adalah perkara yang serius kerana selain mengurangkan keyakinan diri untuk tampil menarik dan bergaya, keadaan ini boleh mendatangkan penyakit yang tidak diundang dan berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Bagi mengembalikan semula tubuh yang langsing, anda dinasihatkan mengamalkan cara hidup serta pemakanan sihat dan paling penting bersenam bagi membantu meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.

Namun adakah kita semua mampu mematuhi disiplin yang ditetapkan. Bagi yang kurang berdisiplin ketika proses menurunkan berat badan mereka boleh mencuba pelbagai produk di pasaran untuk kembali tampil bergaya dan menawan.

Tetapi tidak semua produk sesuai untuk semua individu. Ini adalah kerana terkandung lemak yang berbeza pada setiap individu. Ada yang mempunyai lemak air, lemak angin, lemak isi (degil/selulit). Jadi proses penurunan bergantung pada lemak itu dan cara individu itu sendiri.

Salah satu produk yang kini menjadi sebutan ramai ialah Shape Plus yang amat mudah disediakan serta diamalkan. Rasanya yang sedap seperti jus epal membuatkan ramai pelanggan merasa amat mudah untuk mengamalkannya setiap hari.

Dengan hanya sepaket sehari, boleh membantu memecahkan lemak serta mengurangkan masalah kegemukan, selulit, perut buncit dan akhirnya mendapat berat badan yang mereka inginkan. Biasanya dalam masa sebulan penurunan berat badan dari 3-9 kg bergantung pada lemak individu.

Kehebatan Shape Plus terletak pada bahan utamanya iaitu Garcinia Cambogia. Ekstrak ini meningkatkan penghasilan dan penyimpanan glikogen disamping mengurangkan nafsu makan dan berat badan. Serat Minyak Kelapa Sawit dalam Shape Plus juga dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol, memperbaiki tahap gula dalam darah, mengekalkan kesihatan sistem pencernaan dan mencegah kanser usus besar.


Peningkatan berat badan boleh mengundang pelbagai masalah dan penyakit antaranya ialah penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi, batu hempedu, diabetes (kencing manis), paras kolestrol darah yang tinggi, gout, sakit di bahagian bawah belakang badan, sukar bernafas, osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut, gangguan pembuangan air kecil, penyakit hati dan barah usus.

Shape Plus (keluaran Maywin Resources) adalah makanan tambahan yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah lemak degil, selulit berlebihan serta masalah berat badan yang kronik.

Antara kebaikan dan kandungan bahan dalam Shape Plus ialah:

Serbuk Campuran Epal

Epal penting untuk melindungi kita daripada gejala penyakit masa kini serta membantu menurunkan tahap kolesterol selain bertindak sebagai ejen anti kanser dan anti keracunan plumbum

Fructooligosaccharides (FOS)

Dikenali sebagai gula ringkas yang membantu menguatkan bifidobakteria di dalam perut serta meningkatkan penghasilan asid lemak berantai yang kecil.

Soya Lesitin

Sebagai makanan tambahan yang diambil untuk melawan kolesterol, membantu membantu mengurangkan berat badan. Lesitin soya juga berfungsi mencegah lemak dari berkumpul di dalam hati dengan mengekalkan lemak dalam air. Lesitin juga berkesan dalam pengurangan berat badan kerana menolong membakar dan mencerna lemak supaya tidak tersimpan dalam badan.

Protin Soya Terasing

Protin Soya terasing ialah sumber sayuran bagi protin berkualiti tinggi yang rendah lemak dan karbohidrat dan mengandungi asid amino yang banyak. Ia memberikan kalsium dan magnesium ke dalam gizi dan mengurangkan risiko sembelit.

Serbuk Biji Anggur

Amat bagus untuk memperbaiki peredaran darah serta memperbaiki kecerahan dan kelembutan kulit. Mengandungi bahan anti-oksida OPC yang dikenali, yang mana sangat berkuasa dalam menolong menghindar penyakit jantung, menghentikan nyahjana tisu badan, dan merawat penyakit seperti psoriasis dan ekzema. Membantu mengurangkan risiko kanser disebabkan oleh kerosakan dari bahan-bahan radikal bebas.

Serat Epal

Serat epal dikatakan sebagai cara semula jadi untuk mendorong kolesterol normal dan memperbaiki tahap darah-gula, serta menyokong tahap tekanan darah yang sihat. Serat epal adalah cara yang sangat bagus untuk memperbaiki pergerakan najis di dalam usus juga berkesan sebagai pembersih usus besar untuk mengeluarkan sebatian toksik dan menyokong fungsi usus besar yang sihat secara keseluruhannya. Serat epal juga boleh meningkatkan sistem pencernaan.

Serat Minyak Kelapa Sawit

Anti-oksida Vitamin E dalam kelapa sawit adalah sangat berguna dalam kesihatan dan digunakan dalam proses metabolism yang normal. Faedahnya ialah pengurangan tahap kolesterol, memperbaiki tahap gula dalam darah, mengekalkan kesihatan sistem pencernaan dan mencegah kanser usus besar.

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori selain makan banyak makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Secara ringkas, Shape Plus membantu menghancurkan lemak secara semula jadi dan sesuai diminum mereka yang mempunyai masalah kegemukan melampau dan juga masalah lemak degil dan kepada mereka yang sudah kecewa dengan produk yang sebelumnya.

Selain itu, ia sesuai sebagai produk makanan semula jadi dan makanan tambahan bagi menurunkan berat badan yang tiada kesan sampingan. Produk ini tidak disyorkan pada wanita hamil, pesakit kanser, pesakit jantung, pesakit darah tinggi yang kritikal dan pengguna yang menghidapi penyakit yang serius.

Sebarang pertanyaan hubungi Rosmaziha Hassan di talian 019-3700488 atau Fuza (012-6246990). Anda juga boleh melayari www.beautyherbs.net dan www.eve-collagen.com/www.eve-collagen.net (facebook.com/evecollagen) atau hubungi talian 019-3700 488 / 012-624 6990 / 012-670 6396 Secret Solution Resources (SSR)



 
Chatroom