Home » » Dr Jism rawat stres

Dr Jism rawat stres

Setiap bangsa mahukan negara yang maju, tetapi apakah kita sudah bersedia ke arah itu?

Jika tidak bersedia, kemajuan boleh memberi tekanan dan menyebabkan timbul pelbagai jenis penyakit. Inilah yang banyak berlaku kepada masyarakat moden.

Jika tidak dirawat atau ditangani segera, kesannya boleh menimbulkan pelbagai penyakit lain yang lebih kronik.

Dr Jism Terapi Elektrostatik

Lebih memberi kemudaratan apabila kita mengambil pemakanan tidak seimbang serta kurang bersenam.

Tidak hairanlah ada yang mendapat pelbagai penyakit berbahaya walaupun usia belum mencecah 40-an.

Ini diburukkan lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti amalan merokok dan kurang mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan.

Justeru, tidak hairanlah kita sering mendengar ada rakan sepejabat yang mendapat penyakit yang dikategorikan berbahaya dan boleh membawa maut.

Menyedari keperluan masyarakat terhadap produk kesihatan yang berkualiti dan murah, Al-Jabbar Group, milik 100 peratus Bumiputera, terpanggil mengeluarkan terapi, Dr Jism.

Produk itu meraih pengiktirafan antarabangsa bagi merawat pelbagai penyakit kronik serta melancar salur darah,

Terapi medan elektrostatik berkenaan mempunyai kelebihan dalam pelbagai fungsi iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Rawatan terapi medan elektrostatik menggunakan kaedah getaran bagi melancarkan kapilari darah.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata terapi itu adalah kaedah rawatan moden bagi membantu orang ramai hidup lebih sihat.

Beliau berkata, terapi itu tidak memberi mudarat kepada pengguna kerana ia memang mementingkan aspek keselamatan.

"Walaupun menggunakan tenaga getaran, ia selamat dan membantu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik, malah kanak-kanak boleh menggunakan terapi itu," katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi 03-87393254, 03-87393209 atau 017- 6413227.

Maklumat juga boleh diperoleh menerusi laman web www.aljabbar.net atau datang ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor.

Pusat pameran Al Jabbar dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.



 
Chatroom