Home » » Resepi Puding Jagung

Resepi Puding Jagung

Resepi Puding Jagung

Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan:

15 gm agar-agar
1 cawan air
1/2 cawan gula
3 helai daun pandan
3 sudu besar kastard
3 sudu besar jagung krim
1/2 cawan santan
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan sirap gula kabung
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji telur

Cara membuat puding:

1. Rendam agar-agar, kemudian masak dengan secawan air hingga larut.

2. Masukkan pula gula dan dua helai daun pandan yang telah disiat-siat.

3. Apabila gula telah larut, campurkan dengan jagung krim dan kastard yang telah dibancuh dengan campuran susu serta santan.

4. Kacau rata hingga mendidih, masukkan pula telur, kacau lagi.

5. Apabila adunan masak, buangkan daun pandan dan pukul dengan pemukul telur hingga kelihatan gebu.

6. Tuangkan dalam acuan dan sejukkan.

Cara membuat kuah:


1. Larutkan tepung jagung dengan sirap, campurkan sehelai daun pandan siat yang masih tinggal dan didihkan sambil dikacau.

2. Apabila menghidangkan puding, tuangkan kuahnya.

~ Saji



Affiliates

 
Chatroom