Home » » Sinopsis Telefilem Pelamin Di Pusara,TV2 (Tribute To P Ramlee)

Sinopsis Telefilem Pelamin Di Pusara,TV2 (Tribute To P Ramlee)

Sinopsis Telefilem Pelamin Di Pusara

Pelamin Di Pusara berkisar mengenai jejaka dari keluarga berada, Zamarul (Shahz) yang ditunangkan dengan anak rakan niaga ayahnya, Suraya (Diana) jatuh cinta kepada gadis kampung bernama Maisara (Raja Farah) hingga mahu memutuskan pertunangan.

Tanpa memaklumkan sudah punya ikatan hubungan mereka berlangsung tanpa masalah, namun sebaik tunangnya mengetahui perkara itu, ibu bapa Zamarul terus bertemu sendiri Maisara supaya memutuskan cinta mereka.

Kecewa kerana berasakan diri dipermainkan membuatkan gadis naif itu tidak mempercayai pengakuan kekasihnya yang bertegas mengatakan dia dipaksa bertunang dengan gadis bukan pilihan hati.

Disebabkan dendam apabila bakal suaminya meletak hati terhadap gadis lain, Suraya meneruskan niat jahat menghapuskan Maisara yang dirasakan menjadi perampas kebahagiaannya.

Takdir Ilahi melebihi segala-galanya apabila Zamarul dan kekasihnya menemui ajal bersama dek dendam kesumat Suraya yang sememang berusaha memasang perangkap untuk membunuh Maisara.

Telefilem Pelamin Di Pusara bakal mengisi slot khas Tribute To P Ramlee di TV2 bersama sembilan telefilem lain bakal menemui khalayak bermula September 2011 di bawah terbitan Suhan Movies Production Sdn Bhd.

Pelamin Di Pusara menyaksikan gandingan Shahz Jaszle bersama Raja Farah sebagai teraju utama, dengan disokong Diana Johor, Khairil Anwar, Nanu Badaruddin, Rashidah Jaafar serta Liza Abdullah.



 
Chatroom