Home » » Tip keselamatan di pusat gym

Tip keselamatan di pusat gym

Bersenam di pusat gym merupakan satu aktiviti yang boleh melegakan badan dan menghilangkan tekanan. Walau bagaimanapun, jika peralatan gym tidak digunakan dengan betul, ia akan mengakibatkan kecederaan yang serius.

Jadi, semasa berada di dalam pusat gym, beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan mengambil langkahlangkah pencegahan.


Tip-tip keselamatan

Mengetahui keadaan anda sendiri

* Menyemak kecergasan anda sebelum anda memulakan sesuatu program senaman. Anda mungkin perlu mengubah atau mengelakkan aktiviti angkat berat jika anda mempunyai masalah otot atau sendi, gangguan kejang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, luka yang belum sembuh atau keadaan fizikal lain yang akan mendatangkan risiko.

* Salah satu prinsip utama keselamatan gym adalah jangan bersukan apabila anda berasa lemah atau sakit. Ini akan mencederakan anda sendiri.

* Melakukan pemanasan badan sebelum latihan aerobik, ia kerana melibatkan latihan ulangan yang meningkatkan denyut jantung anda. Meregangkan otot sebelum menjalankan latihan yang berat. Jangan mencederakan otot anda tanpa mempersiapkan mereka secara mencukupi.

* Memahami cara operasi peralatan anda.

* Pastikan anda tahu bagaimana sesebuah peralatan latihan berfungsi sebelum menggunakannya. Baca arahan bertulis atau diagram pada mesin, atau meminta pelatih untuk mengajar anda. Mulai dengan peralatan lebih ringan untuk membiasakan diri dengan gerakan yang digunakan pada mesin, lalu menaikkan berat pera yang dikehendaki.

Memeriksa keselamatan semua peralatan dan kabel

* Ini bergantung pada mesin yang anda guna. Sebagai contoh, di atas treadmill, kabel kecemasan untuk berhenti akan dipasang di baju anda. Di mesin angkat berat, pastikan pin berat dimasukkan untuk mengekalkan pemberat itu. Berhati-hati terhadap sebarang kebocoran pada kabel yang menahan pemberat tersebut. Pada berat bebas, pastikan pemberat diletak di atar bar dan tidak terjatuh.

Menggunakan tali pinggang angkat berat

* Ketika mencangkung, angkat berat, gunakan tali pinggang angkat berat untuk melindungi bahagian bawah daripada kecederaan. Walaupun dengan posisi badan yang betul, perubahan berat secara tiba-tiba atau percubaan yang berulangulang akan memberikan tekanan yang tinggi pada badan anda. Jadi tali pinggang angkat besi akan melindungi tulang belakang dan bahagian bawah tubuh anda.

Gunakan spotter semasa angkat berat

* Jika anda cuba angkat berat pada keberatan yang maksimum atau berulang-ulang, anda harus menggunakan spotter. Spotter boleh membantu anda menahan keberatan itu jika anda cedera semasa percubaan.

Amalan yang baik

* Selepas senaman anda, letakkan semua peralatan di tempat yang sama. Membiarkan mereka di merata tempat boleh mencederakan ahli yang lain. Cuci tangan selepas latihan, ini dapat mengurangkan risiko pendedahan tangan anda pada virus yang tidak diketahui.

Ingatan

* Minum air selepas latihan anda. Ini mencegah dehidrasi dan membantu prestasi latihan yang lebih baik.

* Hentikan aktiviti sukan anda jika anda berasa pening, pengsan atau perubahan irama jantung.

* Setiap peningkatan atau penurunan tekanan darah yang signifikan tidak boleh diabaikan.

* Menghentikan aktiviti senaman jika anda berasa kesesakan di bahagian dada, bahu dan sekitarnya. - Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia



 
Chatroom