Home » » Kanser pundi kencing perokok

Kanser pundi kencing perokok

Pengkaji baru-baru ini mendedahkan bahawa seorang penghisap rokok mempunyai risiko lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghisap rokok untuk mendapat penyakit kanser pundi kencing.

Jika sebelum ini, rokok sering dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru, namun pengkaji dari Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat mendapati perokok juga mempunyai risiko empat kali ganda untuk diserang kanser pundi kencing.

Namun, pada tahun terdahulu iaitu pada tahun 1990-an, risiko itu lebih rendah iaitu sebanyak tiga kali ganda kerana faktor-faktor revolusi rokok.

Mereka menemui bahawa peningkatan risiko itu berlaku kerana terdapat tambahan kimia toksin di dalam sebatang rokok yang sebahagiannya mempunyai kaitan dengan kanser buah pinggang.

Sebelum ini, banyak pengeluar yang mengurangkan kandungan tar dan nikotin di dalam rokok, namun ia digantikan dengan bahan-bahan toksin seperti beta-napthylamine yang meningkatkan risiko itu.

"Masalah kanser buah pinggang itu meningkat dalam tempoh 30 tahun lalu, namun bagi kanser paru-paru pula ia telah menurun," ujar ketua penyelidik, Dr. Neal D. Freedman.



 
Chatroom