Home » » Lemah Kawalan Kencing (LUL)

Lemah Kawalan Kencing (LUL)

Apa perasaan anda sekiranya menghadiri mesyuarat penting, tetapi terpaksa berulang alik ke tandas untuk menunaikan 'hajat'?

Adakah ia memberi kesan terhadap prestasi kerja? Bagaimana pula tanggapan rakan sekerja? Pastinya persoalan sebegini bermain di fikiran setiap wanita bekerjaya yang mengalami permasalahan Lemah Kawalan Kencing (LUL) yang mengakibatkan mereka kerap membuang air kecil.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Seri Suniza Sufian, LUL berlaku disebabkan otot lantai pelvik wanita menjadi lemah hingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.

Malah, menopaus (putus haid) yang menyebabkan paras hormon semakin menurun turut menyumbang kepada masalah berkenaan.

"Keadaan ini sememangnya memalukan dan ia boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan di samping mengehadkan aktiviti.

"Tekanan dihadapi juga bukan sedikit kerana perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri sering membelenggu wanita yang ada masalah ini," katanya.

Bagaimanapun ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk menikmati kehidupan aktif dan menjalankan tugas serta kerja yang diamanahkan seperti wanita normal lain.

Oleh itu, katanya, jika sudah mengetahui ada masalah LUL adalah penting untuk membuat persediaan menghadapi kebarangkalian terkencing ketika melakukan aktiviti harian terutama di tempat kerja.

Disebabkan itulah pemakaian tuala wanita atau pelapik seluar dalam yang khusus untuk menyerap air kencing sangat penting bagi mereka yang mengalami LUL.

"Penggunaan perlindungan seperti ini dapat mengurangkan kebimbangan air kencing terkena pada pakaian jika terbatuk, ketawa atau bersin.

"Namun yang lebih penting ialah cepat menyedari atau mengesan keinginan ke tandas dan jangan sesekali menahan kencing kerana ia akan memburukkan keadaan," katanya.

Disebabkan itu, penggunaan produk perlindungan yang sesuai membolehkan wanita menghadapi masalah LUL menjalani gaya hidup lebih aktif dan memuaskan. Poise adalah jenama produk perlindungan lemah kawalan kencing ringan pertama mengetengahkan pelapik seluar dalam dan tuala wanita kepada pengguna sebagai cara terbaik mengawal dan mengembalikan keyakinan diri.

Produk ini direka dengan teknologi perlindungan kuncian penyerapan yang mempunyai kebolehan penyerapan lebih tinggi berbanding tuala wanita biasa untuk memastikan wanita lebih selesa sepanjang hari. Ini kerana tuala wanita biasa direka untuk menyerap darah haid, sebaliknya produk Poise direka khusus bagi menyerap air kencing.

Kebolehan untuk menampung jumlah air kencing sehingga 150 mililiter memberikan pengguna lebih kebebasan untuk menjalankan kerja seharian dengan lebih selesa dan berkeyakinan. Ia juga disertakan penjagaan bauan yang membantu mengawal bau hancing secara berkesan. Di samping menyerap cecair dan mengawal bauan, produk Poise juga memiliki beberapa kelebihan lain antaranya, rekaan menarik dan pelekat yang kuat untuk membolehkannya kekal pada pakaian dalam dengan baik.



Affiliates

 
Chatroom