Home » » Minum susu kacang soya F&N Seasons di bulan puasa

Minum susu kacang soya F&N Seasons di bulan puasa

Kedatangan Ramadan lazim dianggap sebagai bulan menahan lapar dan dahaga walaupun pada hari lain anda turut mengalami situasi berkenaan. Apa yang membezakan Ramadan dan bulan lain ialah waktu makan yang perlu mengikut jadual dan tidak boleh makan sewenang-wenangnya jika tidak mahu puasa anda terbatal.

Begitupun, ramai yang menganggap Ramadan bulan kebaikan kerana mereka dapat merehatkan perut daripada makan sepanjang hari selain berpeluang makan mengikut jadual serta menikmati makanan lazat dan enak sepanjang bulan berkenaan.

Bagi mereka yang bergelar ibu dan mempunyai anak kecil, tentunya sedikit sebanyak menghadapi masalah untuk mengajak berpuasa kerana anak mungkin memberi pelbagai alasan untuk tidak menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Ibu yang prihatin sentiasa memahami ragam anaknya ketika berpuasa seperti malas bangun untuk sahur, tidak sabar menunggu waktu berbuka, rasa letih dan mengantuk serta kemahuan anak yang pelbagai terutama membabitkan makanan dan minuman.

Sebagai ibu penyayang, sudah pasti anda ingin memberi yang terbaik untuk anak iaitu menu makanan yang seimbang untuk juadah berbuka dan bersahur supaya mereka mendapat tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa.

Bagaimanapun, dalam usaha memenuhi dan melayan kerenah anak terhadap menu juadah berbuka, sebagai ibu anda perlu memastikan diet anak terjaga kerana kanak-kanak memerlukan makanan sihat bagi menjamin proses tumbesaran berjalan lancar.

Paling utama, ketika Ramadan, anak diberi minuman mencukupi supaya badan tidak kehilangan air yang banyak akibat berpuasa. Apabila air dalam badan mencukupi, anak tidak akan menghadapi sebarang masalah kesihatan. Adalah lebih baik jika ibu boleh mendidik anak berpuasa di samping menjaga keperluan diet anak, melatih memilih makanan mahu pun minuman berkhasiat sepanjang Ramadan kerana apabila memilih makanan betul dan berkhasiat, anak tidak akan rasa terbeban untuk menjalani puasa.

Memberi minuman kaya khasiat seperti susu kacang soya adalah langkah terbaik mendidik anak menjalani ibadat puasa selama sebulan. Meminum susu kacang soya F&N Seasons umpamanya, sesuai sebagai pilihan untuk berbuka atau bersahur kerana dapat melegakan perut terutama sekali apabila perut kosong dan membekalkan tenaga seharian berpuasa.

Ini kerana susu kacang soya diketahui mengandungi protein yang sangat berguna untuk kesejahteraan badan terutama bagi kanak-kanak, yang memerlukan cukup protein dan pelbagai zat lain untuk menyokong tumbesaran mereka.

Pengambilan susu kacang soya F&N Seasons 300 mililiter, dapat membekalkan 10 peratus protein harian (berdasarkan saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005) selain susu kacang soya ini tiada kolesterol dan rendah lemak.

Susu Kacang Soya F&N Seasons boleh didapati di seluruh pasar raya dan hampir semua kedai runcit terdekat. Meriahkan majlis berbuka anda sekeluarga dengan minuman yang lazat dan berkhasiat untuk kekal sihat sambil melegakan perut yang kosong sepanjang berpuasa di Ramadan yang mulia ini.

Oleh Shaidah Shafie



 
Chatroom