Home » » Ogawa Avant Therapy, Ogawa Mobile Seat XE - Extended Massage Cushion dan Ogawa Smart Mate OG2850

Ogawa Avant Therapy, Ogawa Mobile Seat XE - Extended Massage Cushion dan Ogawa Smart Mate OG2850

Syarikat kesihatan dari Jepun, Ogawa memperkenalkan tiga produk refleksologi terbaru mereka, Ogawa Avant Therapy, Ogawa Mobile Seat XE - Extended Massage Cushion dan Ogawa Smart Mate OG2850.



Ogawa Avant Therapy

Direka berdasarkan konsep 'Zone Therapy' oleh Dr William H Fitzgerald, yang mana pertama kali diperkenalkan di Amerika Syarikat. Beliau membahagikan badan kepada sepuluh zon refleks yang sesuai dengan jari dan jari kaki iaitu menggunakan kaedah mengurut zon berkenaan dan ia boleh memperbaiki peredaran darah, metabolisme, fungsi organ dan sistem imunisasi.

Malah terapi refleksologi kaki Ogawa Avant itu mampu menjadi alat refleksologi peribadi dengan hanya melakukannya sendiri tanpa memerlukan anda ke pusat terapi.

Ketika sentuhan pertama, anda pasti menghargai reka bentuk ergonomik yang selasa, mengikut acuan tapak kaki dan pastinya anda akan mengalami pengalaman indah dan santai menerusi teknik tekanan refleksologi berkenaan.

Selain itu, anda juga boleh merehatkan minda disamping duduk dalam keadaan selesa sambil Ogawa Avant memulihkan kembali tenaga dengan sempurna. Ogawa Avant mempunyai ciri-ciri pintar yang mampu menarik perhatian anda, antaranya:

Dua belas tahap getaran 3D

Getaran intensif itu akan mengurut sehingga 700-2800 rpm menerusi pelbagai arah atas-bawah kaki secara bergilir sehingga memberi rangsangan menyeluruh kepada tapak kaki selain berupaya mengembangkan saluran darah untuk meningkatkan pelancaran peredaran darah.

Rawatan menerusi inframerah

Rawatan itu menghasilkan haba untuk merehatkan tekanan otot dan ia mengoptimumkan urutan keseluruhan malah berkesan menembusi empat hingga lima sentimeter di bawah permukaan kulit untuk merangsang pembaharuan sel darah.

Program secara auto - Pintar mengurut

Pre-set dengan tiga mode program untuk memenuhi keperluan mengurut iaitu, Refleksologi selama sepuluh minit, pelangsingan iaitu 20 minit (Perubatan alternatif bagi pelangsingan badan hanya menggunakan urutan tapak kaku) dan Relax selama 15 minit.

Gelombang Magnetik

Bertujuan memecahkan darah yang terikat pada sel darah merah bagi menggalakkan pengaliran dan peredaran darah dalam tubuh. Gelombang magnetik itu juga boleh menghapuskan toksin daripada badan sekali gus memberikan oksigen dan nutrien dalam sel darah.

Meter jarak

Membantu anda mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan iaitu setiap kilometer bersamaan 180 kalori akan dibakar.

Faedah Terapi urut refleksologi kaki Ogawa Avant membolehkan badan anda akan memperoleh oksigen, nutrien, hormon dan antibodi yang dipertingkatkan sekiranya kerap melakukan rawatan mengurut kaki menggunakan Ogawa Avant dan turut mengukuhkan fungsi organ dalaman dengan merangsang zon refleks sekali gus membantu pertahanan badan terhadap penyakit.

Ogawa Mobile Seat XE

Ogawa Mobile Seat XE - Extended Massage Cushion yang mempunyai reka bentuk ultra nipis mudah alih, pastinya memudahkan gaya moden anda. Ogawa Mobile Seat XE itu boleh digunakan ketika anda sedang memandu dan boleh diguna sebagai alas kerusi pejabat dan sofa rumah untuk meredakan keletihan.

Haba dan sistem urutan getaran menerusi produk itu berfungsi untuk mengurut belakang badan secara lengkap yang selain itu mempunyai reka bentuk yang fleksibel yang membolehkan anda menikmati urutan secara menyeluruh atau hanya mensasarkan kepada kawasan badan tertentu.

Antara ciri-ciri Ogawa Mobile Seat XE - Extended Massage Cushion termasuk:

Extended Back Rest

Tambahan 90mm untuk sokongan belakang badan terutama ketika melakukan urutan belakang.


Targeted Massage

Rekaan fleksibel yang membolehkan bahagian bawah belakang badan boleh diurut dan lebih menumpukan kepada bahagian yang difokuskan.

Heat massage

Menggunakan pemanasan menerusi kaedah infra-merah yang mana teknologi lembut yang membolehkan kelegaan terhadap tekanan otot ketika mengurut.

Vibration Settings

Mempunyai tahap getaran seperti, perlahan dan sederhana. Setiap getaran mempunyai kadar mengembalikan pengedaran darah secara stabil.

Adjustable Massage Rollers

Bebola kecil yang membolehkan urutan dibuat berdasarkan keperluan kawasan urutan.

Ultra Slim Design

Boleh di bawa ke mana saja dengan sekiranya anda sedang berhadapan dengan diet untuk melangsingkan tubuh badan, Gunakan saja sama ada di rumah, tempat kerja dan ketika memandu.

Ogawa Smart Mate OG2850

Ogawa Smart Mate OG2850 menggabungkan penggelek urutan kuat dan tepat serta mempunyai beg udara urut yang mampu melegakan sakit belakang dan tekanan,.

Ogawa Smart Mate OG2850, kerusi urut boleh memberikan urutan terbaik dari rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa saja. Antara fungsi terbaiknya adalah:

Back Rollers

Berfungsi sebagai alat bantu untuk urutan belakang bagi meringankan kesakitan dan ketegangan

Feet Massage

Mengurut kaki yang letih dengan menggunakan Spot-massages

Gentle Air-bags Massage

Mengandungi 12 beg udara untuk urutan kawasan kaki sekali gus membolehkan kelegaan otot yang letih

Vibration Mode

Bergetar di kawasan tempat duduk untuk merangsang aliran darah dan mengendurkan otot pada punggung dan paha.

S-Track Sensation

S-trek ergonomik secara semulajadi boleh melengkung mengikut tulang belakang manusia untuk memperoleh urutan optimum.




 
Chatroom