Home » » Saiz Badan Bukan Jaminan Kesihatan

Saiz Badan Bukan Jaminan Kesihatan

Senario pertama: Seperti biasa di hujung minggu, seorang lelaki akan melakukan joging rutin beliau pada setiap Ahad.

Baginya walaupun mempunyai susuk badan yang sedikit gempal, beliau tetap bersenam kerana badan yang tidak kurus membawa makna badan yang tidak sihat.

Senario kedua: Seorang lelaki lain menikmati hari cutinya dengan berbaring di tempat tidur dan menonton siaran pagi televisyen. Bagi beliau 'senaman' tidak wujud dalam kamus dirinya dan selagi beliau mempunyai berat badanyang sesuai, kesihatannya adalah baik.

Beliau menganggap senaman hanya untuk orang yang tidak sihat.

Tetapi satu isu yang tidak disedari oleh kedua-dua lelaki ini, ialah saiz badan seseorang bukanlah penentu terhadap kesihatan individu. Seorang yang gemuk tidak semestinya tidak sihat jika dibandingkan dengan seorang yang kurus.

Dr Adrian Hutber dari Kolej Sukan Perubatan Amerika (ACSM) berkata seorang yang gemuk tetapi sihat mempunyai peluang hidup lebih lama daripada seorang yang kurus tetapi kurang sihat.

Beliau berkata sedemikian ketika membentangkan kertas kerja 'Senaman Adalah Ubat: Satu Inisiatif Global Untuk Kebaikan Semua’ di sini baru-baru ini.

KESIHATAN KARDIO RESPIRATORI (CRF)

Dr Hutber membentangkan kertas kerjanya pada Bengkel Untuk Negara Sihat yang dianjurkan Syarikat Coca-Cola dan Majlis Olimpik Malaysia (OCM). Dua lagi kertas kerja turut dibentangkan.

Beliau memberi fokus terhadap pertalian kesihatan individu dengan kadar kematian. Kajian meliputi lebih daripada 53,000 responden yang menunjukkan seseorang yang mempunyai kesihatan CRF rendah mempunyai risiko mortaliti duakali ganda dibandingkan dengan perokok dan empat kali ganda seorang pesakit diabetis yang melakukan CRF.

"Hanya 150 minit seminggu melakukan senaman intensiti sederhana atau 75 minit senaman intensiti lasak dalam jarak masa yang sama,”.

”Bagi manfaat yang lebih, seseorang itu boleh memanjangkan masa senaman itu kepada 300 minit (intensiti sederhana) atau 150 minit (intensiti lasak), kata Dr Hutber.

Senaman intensiti sederhana ialah gerak senam yang cukup untuk menambahkan denyut jantung serta badan berpeluh tetapi masih boleh melakukan perkara seperti berjalan, berjoging dan berbasikal.

“Untuk mencapai 150 minit seminggu, terpulang kepada individu itu menguruskan masanya. Tiada peraturan tertentu yang menetapkan berapa minit sehari yang diperlukan asalkan anda mencapai keperluan sasaran jumlah minitseminggu,” katanya menjawab soalan hadirin.

Katanya ada tiga tujuan melakukan senaman -- bagi menjaga kesihatan, menjauhkan penyakit dan juga untuk pertandingan atau pencapaian prestasi.

Terpulang kepada individu itu menentukan tujuan senaman beliau tetapi beliau tidak perlu terbawa-bawa dengan aktiviti berkaitan CR. “BERAPA BANYAK SENAMAN YANG ANDA LAKUKAN MINGGU LEPAS?"

Soalan di atas jarang sekali ditanya oleh doktor.

Tidak diketahui paras sebenar intensiti senaman yang diperlukan tetapi dengan melakukannya boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.

"Kajian menunjukkan senaman boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40 peratus, kanser kolon sebanyak 60 peratus dan senaman juga dapat mengurangkan penyakit Alzheimer sebanyak satu pertiga selain daripadamerendahkan tahap kemurungan," kata Dr Hutber.

Manfaat yang lain adalah mengurangkan penyakit sebanyak 50 peratus -- diabetis, tekanan darah tinggi serta kanser payudara berulang.

Sejak tahun 2007, ACSM berusaha bersama AMA dalam mempromosi program 'Senaman Itu Ubat (EIM)' yang memberi perhatian terhadap menggabungkan senaman ke dalam amalan penjagaan perubatan sebagai satu kaedah merawat penyakit.

Program itu mencadangkan pengamal penjagaan kesihatan (a) menilai tahap fizikal aktiviti pesakit dan (b) menawarkan preskripsi senaman bagi pengamal penjagaan kesihatan untuk tujuan kaunseling.

Doktor yang mengikuti program ini boleh menilai kesihatan pesakit bukan dengan hanya melihat pada simptom yang ada tetapi juga dengan menilai senaman yang dilakukan pesakit dalam seminggu sebelum mendapatkan diagnosis.

Pesakit boleh diberi preskripsi ubat serta senarai aktiviti senaman yang perlu dilakukan bagi rawatan. Doktor juga akan menasihati corak senaman yang diperlukan dan pemantauan boleh dijalankan secara sistematik. RAKAN STRATEGIK Program ini sudah dipraktikkan secara meluas di Amerika Utara dan Selatan selain beberapa bahagian di Eropah, Afrika, Australasia dan Asia. Thailand, Filipina dan Singapura telah pun mengamalkan program ini.

- BERNAMA



 
Chatroom