Sinopsis Sehelai Rambut Dibelah Tujuh
Sehelai Rambut Dibelah Tujuh mengisahkan Mak Jah menderita penyakit kencing manis sehingga sebelah jari kakinya dipotong. Dia terpaksa bekerja di gerai makan demi menampung kehidupan lantaran Tajul, suaminya seorang kaki judi yang tidak bekerja. Mak Jah sering menjadi mangsa kemarahan Tajul. Achik yang merupakan cucu Mak Jah mula menegur perbuatan Tajul.
Walaupun Achik berasa kecil hati namun dia tetap merahsiakan penyakit batuk keringnya daripada pengetahuan Mak Jah. Achik nekad mencari Zaiton, ibu kandungnya yang telah meninggalkan kampung sekian lama.
Apakah Zaiton yang sudah berkahwin dengan suami kaya akan mengaku Achik sebagai anak kandungnya dan pulang berjumpa dengan Mak Jah yang sudah tenat?
Jangan lupa saksikan ‘ Sehelai Rambut Dibelah Tujuh’ lakonan Talha Harith, Idris Mat Diah, Norlia Ghani, Elly Suriati dan Nabila Huda, Sabtu ini, 6 Ogos 2011, jam 10.00malam tentunya di TV3.
Adibah Noor jadi guru dlm Oh My English!
-
Pelakon,penyanyi Adibah Noor lepas rindu terhadap kerjayanya sebagai
seorang guru Bahasa Inggeris setelah memegang watak Cikgu Hajar dalam
program Oh My En...








