Home » » Sinopsis Telemovie Ukiran Jiwa,26 Ogos 2011,RTM 1

Sinopsis Telemovie Ukiran Jiwa,26 Ogos 2011,RTM 1

Sinopsis Telemovie Ukiran Jiwa

Telemovie Ukiran Jiwa dijayakan Adi Putra, Catriona Ross, Razali Hussain, Mahmud Ali Basha dan Ghazali Abu Noh.

Paparan kisah penuh keinsafan dalam drama Ukiran Jiwa ini mengisahkan Fazli dan Hasli memiliki dua perwatakan berbeza iaitu seorang baik dan seorang lagi agak kasar. Fazli seorang yang berbudi bahasa, sangat menghormati orang tua, suka merendah diri dan mempunyai bakat dalam bidang pengukiran sementara Hasli sering memandang rendah pada Fazli membuatkan dia sering berkecil hati dengan Hasli.

Keadaan itu berlarutan sehinggalah mereka menjejakkan kaki di menara gading. Sifat cemburu Hasli terhadap Fazli semakin membara hingga membabitkan seorang gadis, Suri. Setiap kali Hasli melukakan hati Fazli, sebatang paku akan dipakukan di satu ukiran berbentuk hati.

Telemovie Ukiran Jiwa mengisi slot Nurani pada 26 Ogos 2011, jam 10.30 pagi di TV1



Affiliates

 
Chatroom