Home » » Koleksi solekan Burberry Beauty Autumn/Winter 2011

Koleksi solekan Burberry Beauty Autumn/Winter 2011

Sempena musim luruh/sejuk ini, rangkaian barangan jenama yang sudah bertapak sejak 100 tahun, Burberry, hadir dengan koleksi solekan Burberry Beauty Autumn/Winter 2011 yang lengkap dengan padanan warna lembut seperti merah jambu atau rose dan coklat bagi menonjolkan kelainan sepanjang musim ini.

Koleksi Burberry Beauty Autumn/ Winter 2011 merangkumi pilihan bedak asas muka, maskara, gincu, pembayang mata dan pensel lukis bibir dengan pembungkusan yang cukup mewah.

Rangkaian kecantikan yang sesuai untuk semua tona wajah ini bukan saja memberikan kesan yang menakjubkan, malah membantu kulit kekal bernafas menerusi tekstur yang ringan dan lembut. Kandungan ros juga dipercayai mampu mengembalikan kelembapan kulit wajah lembut dan tidak berminyak.

Bukan sekadar kelengkapan solekan saja, jenama mewah itu juga kembali dengan koleksi minyak wangi eksklusif menerusi rangkaian Burberry Body sebagai bayangan kisah kehidupan moden dan menyerlahkan wajah seksi wanita, selain mempamerkan sifat keberaniannya.

Burberry Beauty Autumn/Winter 2011



Semburan minyak wangi itu bertambah ekslusif dengan adanya kandungan pati bunga-bungaan termasuk ros dan vanilla. Burberry Body bertambah menggoda dengan bentuk botolnya yang panjang dan jernih dilengkapi dengan kemasan penutup yang seksi.

Kesemua koleksi jenama mewah ini boleh didapati di Isetan KLCC bermula September ini.

The New Shades Burberry

* Sheer Eye Shadow - RM105

* Eye Definer - RM 78

* Efortless mascara - RM108

* Lip Cover - RM96

* Lip Definer - RM75

* Fresh Glow - RM 165

Burberry Body


* Body Eau de Parfum 85 mililiter (ml) - RM395

* Body eau de Parfum Intense 60 mililiter (ml) - RM380



Affiliates

 
Chatroom