Home » » Sinopsis, Trailer Keimanan Cinta lakonan Adlene Tsen

Sinopsis, Trailer Keimanan Cinta lakonan Adlene Tsen

Sinopsis Drama Keimanan Cinta, TV9

Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuannya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya.

Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Kini Allah SWT telah memberinya peluang untuk bercinta kepada kaum adam dengan satu ikatan perkahwinan yang suci.

Perkahwinan tanpa dimulakan dengan cinta… hanya petunjuk daripada Allah SWT. Setelah memohon pada Nya,akhirnya Fazura nekad untuk berkahwin dengan Alan. Namun, ada hati insan lain yang memendam rasa tanpa disedari oleh Fazura. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Namun, adakah dirinya sesuai untuk wanita seperti Fazura? Dalamkah ilmu agamanya untuk bergandingan dengan Fazura?

Jessica yang muncul dalam kehidupan Fazura sedari kecil mula merasakan manisnya KEIMANAN CINTA Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri… Saksikan kesudahannya.

Pelakon Keimanan Cinta
Jason Chong, Iqram Dinzzly, Izrenne Azminda dan Adlene Tsen

Trailer Video Keimanan Cinta


Poster Keimanan Cinta




Affiliates

 
Chatroom