Home » » Sinopsis My Babysitter's A Vampire di 8TV

Sinopsis My Babysitter's A Vampire di 8TV

Drama bersiri terbaru di 8TV, My Babysitter's A Vampire

My Babysitter's A Vampire sebenarnya drama komedi yang mengajuk filem hit di seluruh dunia iaitu Twilight. Bagaimanapun drama ini diubahsuai dengan memaparkan babak lebih lucu dan menghiburkan.

My Babysitter's A Vampire mengisahkan remaja lelaki berusia 13 tahun, Ethan, yang tidak mendapat kepercayaan daripada ibu bapa untuk menjaga dirinya dan juga adiknya, Jane. Justeru, ibu bapa Ethan membuat keputusan untuk mengupah Sarah menjaga dua beradik terbabit. Sarah ialah gadis cantik yang sudah lama digilai Ethan.

Dia sentiasa menggambarkan Sarah sebagai gadis sempurna yang mempunyai bentuk tubuh menarik, rambut yang cantik dan rupa yang sangat menawan. Di sebalik kesempurnaan Sarah, ada kisah misteri dan kejahatan yang perlu dirungkai.


Ethan dapat berasakan sesuatu yang pelik mengenai Sarah apabila dia dapat melihat bayangan setiap kali tersentuh gadis itu. Lebih menakutkan lagi apabila Ethan menyedari tiada refleksi Sarah di hadapan cermin, seolah-olah gadis itu ialah hantu.

Ethan dan rakannya, Benny, mengesyaki sesuatu dan mengekori pergerakan Sarah. Sarah akhirnya terpaksa berterus-terang.

My Babysitter's A Vampire dibintangi Matthew Knight, Vanessa Morgan, Atticus Dean Mitchell dan Kate Todd. Ia menemui penonton setiap Khamis, jam 9.30 malam, bermula 3 November ini hanya di 8TV.



Affiliates

 
Chatroom