Home » » Adat resam ,kepercayaan,pantang larang Tahun Baru Cina

Adat resam ,kepercayaan,pantang larang Tahun Baru Cina

Adat resam ,kepercayaan dan pantang larang Tahun Baru Cina

Pembelian baju baru adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina percaya, pada permulaan tahun perlu membeli baju baru bagi menandakan tuah yang baru dan seelok-eloknya baju berwarna merah.

Selain itu, masyarakat Cina juga percaya sebelum perayaan, perlu membersihkan rumah, bagi menyambut tahun baru. Pembersihan rumah lazimnya dilakukan beberapa hari sebelum menjelang tahun baru dan Chinn Fei lakukan abaila mula bercuti Khamis lalu.

Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam sebelum tahun baru bagi mengundang “Dewa Kekayaan”. Kemudian pada hari kedua tahun baru Cina, upacara sembahyang perlu dilakukan sekali lagi, bagi menandakan ‘pembukaan tahun baru’. Pada hari kedua tahun baru Cina, wanita yang sudah berkahwin digalakkan kembali ke rumah ibu bapa sendiri.

Antara adat resam lain yang diamalkan, termasuklah pemberian limau Mandarin yang bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan ‘emas’. Ini bermakna pemberian limau seolah-olah menghadiahkan emas pada orang lain.

Kuih bakul juga menjadi kemestian kerana ia menandakan ‘semakin tinggi’ sama ada akan naik pangkat, tambah pendapatan dan sebagainya.

Apabila berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara juga perlu mengucapkan pepatah yang membawa maksud baik misalnya “Gong Xi Fa Chai” yang membawa maksud - ‘Tahniah, anda sudah kaya’ , panjang umur, sihat selalu dan apa saja ungkapan yang membawa maksud yang baik.

Happy Chinese New Year

Antara perkara lain yang amat titik beratkan termasuk perlu menjaga percakapan dan berkelakuan baik. Sudah pasti perkataan tidak elok seperti ‘mati’ dielakkan sama sekali. Andai berasa sedih sekali pun, perasaan itu harus dikawal bagi mengelak tangisan, khususnya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Alasannya - menggamit tuah.

Kadang kala, saya tidak dapat menahan sebak, apabila teringatkan mendiang ibu dan mengalir air mata apabila tidak dapat meraikan bersamanya lagi. Sepatutnya kita perlu ceria pada tahun baru Cina supaya tuah akan menyebelahi kita.

Pada hari pertama juga tidak boleh menyapu sampah kerana masyarakat Cina percaya, tuah akan singgah di rumah. Oleh itu, perbuatan menyapu itu boleh menghalau tuah atau ‘Dewa Wang’.

Antara pantang yang masih lagi diamalkan ialah tidak memakai warna berkabung iaitu warna hitam dan warna putih.

Ada juga orang-orang tua menyebut, jangan pecahkan barang khususnya pinggan mangkuk atau cawan, kerana ia boleh menandakan nasib yang tidak baik. Tetapi sekiranya berlaku juga kecuaian dan ada barang yang pecah kita perlu menyebut “Lok Tei Hoi Fa Fu Kuai Wing Wa” bermaksud, benda yang jatuh dan pecah itu akan bertukar menjadi kemakmuran.

Itu adalah sedikit sebanyak adat resam, kepercayaan dan pantang larang Tahun Baru Cina yang dikongsi personaliti TV3, Pang Chinn Fei.



Affiliates

 
Chatroom