Home » » Bibik sinopsis, Sinopsis sitkom Bibik di TV1

Bibik sinopsis, Sinopsis sitkom Bibik di TV1

Sinopsis Bibik

Kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh keluarganya.

Akibat terdesak, ibunya yang bernama Rogayah telah menawarkan pekerjaan kepada Shiela, seorang pekerja spa dengan memberi dua kali ganda daripada gajinya sekarang.

Bibik sinopsis

Walaupun dibuli oleh anak-anak Hisham, Sheila tetap bersabar. Sementara pemandu peribadi Hisham, Calvin juga tertarik dengan Sheila.

Lama kelamaan Sheila dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Hisham walau pun terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Hisham. Pada masa yang sama, Hisham yang kematian isteri selalu dipaksa oleh Rogayah supaya berkahwin lagi.

Walau pun pada mulanya tidak dapat menerima kehadiran pembantu rumah baru, lama kelamaan anak Hisham merasa selesa dengan kehadiran Sheila kerana cara dia menasihat dan menekankan disiplin kepada mereka.

Sementara itu Hisham pula sedikit demi sedikit ada menaruh hati terhadap pembantu rumahnya itu. Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan 13 episod drama bersiri Bibik ini hanya di TV1.

Info Bibik
Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setianya untuk bergelak ketawa dengan rancangan sitkom terbaru, Bibik. Pastinya penonton akan terhibur dengan lawak bersahaja daripada pelakon seperti Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi yang bakal menemui penonton mulai 16 Januari ini dan disiarkan setiap Isnin, jam 2.05 petang.



Affiliates

 
Chatroom