Home » » Hukum ucap selamat pada orang bukan Islam

Hukum ucap selamat pada orang bukan Islam

Hukum ucap selamat pada orang kafir

Hukum orang Islam mengucapkan tahniah dan selamat sempena perayaan agama bukan Islam

* Apa jua amalan dan perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

* Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

* Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

* Orang Islam terutama pemimpin, orang yang mempunyai kedudukan, pengaruh dan contoh tauladan tidak boleh sama sekali menyertai atau melakukan apa-apa aktiviti perayaan agama orang bukan Islam.

* Amalan kongsi raya antara orang Islam dan bukan Islam hendaklah diberhentikan kerana boleh mengelirukan umat Islam.

* Mengadakan jamuan atau acara keramaian sempena hari raya dan hari-hari kebesaran semua kaum diharuskan.

Tarikh diputuskan: 5 Februari 2008

Kertas kerja hukum menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang (surrogate mother)

* Untuk mendapatkan zuriat menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam.

* Walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia menyebabkan berlakunya kekeliruan keturunan dan nasab anak yang dilahirkan.

Tarikh diputuskan: 8 April 2008 dan diwartakan

Hukum menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain contohnya salib dan seumpamanya

* Orang Islam adalah diharamkan menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib atau bintang 6 (lambang Yahudi) jika lambang-lambang itu dinyatakan secara zahir dan jelas.

Tarikh diputuskan: 8 April 2008

* Sumber Jabatan Mufti Negeri Selangor



Affiliates

 
Chatroom