Home » » Kebaikan tilam SweetDream

Kebaikan tilam SweetDream

Kebaikan dan keistimewaan tilam SweetDream

Secara purata, kebanyakan golongan dewasa perlu mendapatkan tidur selama lapan jam yang dianggap tempoh terbaik untuk merehatkan diri.

Tidur berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari selain membantu keseimbangan otak serta badan bagi mengubati keletihan sebelum ini.

Bukan itu saja, tidur yang mencukupi serta posisi yang betul juga dapat melambatkan proses penuaan seseorang jika mereka mengamalkannya setiap hari.

Melihat keperluan pengguna hari ini, jenama SweetDream melancarkan pelbagai jenis tilam baru antipenuaan yang bukan saja menyediakan keselesaan berpanjangan dan sokongan badan tetapi juga membantu memberi keremajaan serta mencergaskan kulit.

Mikrokapsul yang terdapat di dalam tilam dihasilkan itu mengandungi tiga ramuan utama iaitu aloe vera, minyak jojoba dan vitamin E yang akan dirasai ketika tidur.

Penggunaan tilam yang ditampilkan juga dapat membantu menggalakkan pemulihan, pengimbangan dan penyahtoksikan selain mengekalkan kelembapan kulit.

Ia juga dapat membantu melindungi kulit daripada kesan antipenuaan yang berbahaya dan menyokong lapisan perlindungan semula jadi kulit.

Misalnya, aloe vera yang mengandungi lembapan terbaik dan terdiri daripada 96 peratus air, empat peratus asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi khasiat diperlukan oleh badan.

Bukan itu saja, setiap vitamin dan enzim yang terdapat dalam aloe vera membantu menanggalkan kulit mati dan bendasing lain yang terdapat pada tubuh seseorang.

Kajian membuktikan aloe vera mempunyai kebaikan dalam memulihkan semua jenis masalah kulit dan sangat membantu menghalang proses penuaan.

Kehadirannya juga dapat merangsang pengeluaran kolagen dan protein elastin, memperbaiki hidrasi kulit agar lebih bersinar, mengurangkan calar, bintik hitam, kelesuan serta kedutan.

Sementara itu, penggunaan tilam yang mengambil formula daripada minyak jojoba pula memberi banyak kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan seperti yang diinginkan.

Secara teorinya, minyak jojoba sama seperti minyak yang terdapat pada kulit manusia dan ia boleh disesuaikan bagi mengeluarkan minyak mencukupi serta memberi keseimbangan seperti yang diperlukan.

Minyak jojoba dikatakan bebas toksik, bahan comedogenic dan alergenik. Tambahan pula, ia tidak rasa berminyak jika digunakan pada kulit sama seperti bahan lain.

Ia juga mengandungi kepelbagaian kandungan tokoferol yang bertindak sebagai antioksidan dan mineral semula jadi yang lain.

Penggunaannya dapat membantu proses antioksidan dan melindungi daripada kerosakan kesan radikal bebas yang dipercayai boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti kanser.

Bagi pengguna yang inginkan kebaikan khasiat vitamin E, jenama SweetDream turut menyediakan tilam khusus untuk mereka yang mahu mengekalkan kecantikan serta kesempurnaan pada kulit.

Vitamin E yang dikenali dengan kehebatannya dalam antioksidan atau kadangkala dikenali sebagai vitamin antipenuaan digunakan sebagai bahan dalam menghasilkan tilam yang bermutu dan berkhasiat.

Kehadiran vitamin E dikatakan dapat menghalang proses antioksidan dalam badan bagi melambatkan proses penuaan.

Selain itu, vitamin yang terdapat dalam tilam yang dihasilkan juga membantu menentang secara fizikal dan tekanan disebabkan oleh proses antioksidan sekali gus mengurangkan tanda penuaan.

Ia juga boleh digunakan bagi mengurangkan tanda regangan kehamilan, kedutan dan luka selain menghalang kehilangan air daripada kulit dan membantu mengekalkan lembapan semula jadi.

Pemulihan kulit yang boleh dilakukan melalui penggunaan vitamin E dapat memperbaiki kerosakan kulit dan memberi peningkatan terhadap keadaan kulit ketika tidur.

Ia juga boleh dijadikan sebagai rawatan kepada pesakit ekzema bagi memberikan kualiti antioksidan terhadap keradangan dan mengurangkan kesakitan apabila menggunakan lembapan pada kulit yang kering.

Bagi yang berminat, tilam SweetDream didatangkan dalam tiga edisi iaitu Ag Revita, Ag Radiant dan Ag Rejuvenate termasuk bantal antipenuaan.

Untuk sebarang maklumat, emel ke custcare@sweetdream.com.my.



 
Chatroom