Home » » Makna buah-buahan menurut kepercayaan masyarakat Cina

Makna buah-buahan menurut kepercayaan masyarakat Cina

Di kalangan masyarakat Cina, kebanyakan buah-buahan mempunyai makna tersendiri. Dipercayai:

Epal untuk meraih kejayaan, keamanan, keharmonian, silaturahim, kemewahan,limpahan hasil dan kekuatan.

Pear untuk tuah, perniagaan yang baik dan kekayaan.

Oren dan limau mandarin untuk menjana dan mengumpul kekayaan.

Buah-buahan Malaysia

Anggur untuk membanyakkan keturunan.

Buah-buhan berwarna hijau untuk menambah tenaga dan kesihatan (seperti epal hijau, kiwi dan anggur).

Buah-buahan berwarna merah untuk menambah kekayaan, tenaga dan kesungguhan (epal merah, anggur merah dan manggis).

Buah-buahan berwarna hitam untuk kepintaran dan kreativiti (anggur hitam dan beri hitam).

Buah-buahan berwarna kuning untuk mengumpul kekayaan.


Garis Panduan Diet Malaysia 2010 menyarankan kita makan sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Tambah buah-buahan dan sayuran-sayuran ke dalam pemakanan anda setiap hari pada musim perayaan ini untuk menjamin kesihatan sepanjang tahun.


.



Affiliates

 
Chatroom