Home » » Rahsia kecantikan wajah Ramlah Ram guna serum emas

Rahsia kecantikan wajah Ramlah Ram guna serum emas

Ramlah Ram pernah ditumbuhi banyak jerawat kira-kira 25 tahun dahulu. Jerawat menyebabkan dia hilang keyakinan diri dan malu bertemu dengan rakan-rakan serta peminatnya.

Sejak peristiwa itu, Ramlah Ram, 46 sangat prihatin terhadap penjagaan wajahnya.

Ramlah juga selektif tentang pemilihan produk wajah.

Selepas mencuba rangkaian produk emas IZ selama seminggu, Ramlah merasakan perubahan wajahnya lebih tegang dan nampak lembut walaupun tanpa solekan tebal.

Menurut Ramlah, kesan yang dapat dilihat selepas sehari menggunakan produk ini merupakan faktor utama dia menerima tawaran menjadi duta produk IZ.

"Serum emas IZ membantu merawat kulit wajah dan berfungsi mencerah, melembap, menegang dan menghaluskan kulit pada penggunaan kali pertama. Manakala skrub emas IZ mengeluarkan sel mati dengan cepat. Selain itu, saya turut mengamalkan vitamin C dan E untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan memperlihatkan kesan yang begitu jelas ketara terutama pencerahan dan kulit yang lembap," ujarnya ketika ditemui di No. 6A, Medan Idaman, Jalan Jernai 2, Batu , 53000 Kuala Lumpur.

Ramlah Ram

Dalam pada itu, pengasas produk 99.9 peratus hablur emas ini, Ziela Che Nor memilih Ramlah selepas melihat faktor usia penyanyi wanita ini.

Ini kerana rangkaian produk emas ini sesuai untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas sebagai anti penuaan dan penjagaan wajah yang sihat.

"Kami meminta Ramlah mencuba dahulu produk ini. Kebetulan dia berminat dan serasi dengan produk emas kami. Hasilnya, kulit Ramlah lebih segar dan muda daripada usia sebenarnya. Inilah kali pertama dia menggunakan produk yang berasaskan emas 24k," katanya.



Affiliates

 
Chatroom