Home » » Petua Mengatasi Badan Berbau, Harumkan Bau Badan

Petua Mengatasi Badan Berbau, Harumkan Bau Badan

Koleksi petua menghindari bau badan dan mengharumkan bau badan. Siapa yang mahu badan berbau, kan? Kajian juga menunjukkan seseorang itu tidak boleh mengesan bau badan sendiri dan ia sangat memalukan dan memberi kesan negatif kepada keyakinan diri seseorang. Oleh itu amat penting bagi seseorang untuk mengambil langkah pencegahan bagi melawan masalah bau badan.

Petua Mengatasi badan berbau
1.Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

2.Ambil biji bunga delima segenggam. Buang kulitnya yang keras. Kemudiaannya dijemur hingga kering. Setelah kering tumbuk sehingga lumat dan halus. Selepas itu pakai seperti kita memakai bedak di tempat yang berbau.

3. Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

Petua Hilangkan Bau Badan



Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

Petua Mengharum tubuh badan
1. Ambil 20-30 helai daun sirih, bersihkan dan rebus dengan beberapa gelas air hingga mendidih.Minumlah setiap pagi beberapa teguk.
2. Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.

Tip Buang Toksin
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter sehari untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Sebaik-baiknya mulakan hari dengan minum dua gelas air yang dicampurkan sedikit perahan limau.

Kesemua petua ini adalah petua orang lama dan berkesan atau tidak perlu diuji sendiri. Petua-petua ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai individu menimbang semula amalan penjagaan diri harian. Kehidupan tanpa bau badan adalah kunci kepada keyakinan diri untuk menangani cabaran harian dan mencapai apa saja dicita-citakan.



Affiliates

 
Chatroom