Home » » Noraniza Idris bernazar untuk kurus

Noraniza Idris bernazar untuk kurus

Noraniza Idris telah bernazar untuk menghantar pulut kuning ke masjid di kawasan perumahannya jika berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan.

Noraniza yang lebih mesra dengan sapaan Kak Ani berkata, nazar itu dibuat selepas membaca sebuah artikel dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu yang mengatakan berat badannya telah meningkat.

"Sebelum ini Kak Ani sedar yang berat badan telah meningkat sebanyak 12 kilogram tetapi tidak membuat apa-apa mengenainya. Bagaimanapun selepas membaca artikel berkenaan, ia telah memberi kesedaran kepada Kak Ani untuk melakukan sesuatu.

"Atas dasar itu juga Kak Ani bernazar sekiranya dapat menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan, Kak Ani nak hantar pulut kuning ke masjid," ujarnya kepada mStar Online tanpa mahu mendedahkan beratnya sekarang.

Noraniza ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan produk Tahitan Noni di Mid Valley dekat sini, pada Rabu.

Penyanyi lagu "Awalah Dondang" itu turut menolak tekan teki kononnya sedang hamil ekoran penambahan berat badan itu namun tidak akan menolak sekiranya diberikan rezeki daripada Allah terhadap perkahwinan barunya itu.

Ujar Noraniza, penambahan berat badannya itu berlaku apabila dia terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sehingga tidak mengambil berat mengenai kesihatan.

"Sebelum ini Kak Ani aktif bersenam atau pun menjalani latihan tarian tetapi sekarang agak sibuk dengan urusan syarikat bersama suami termasuklah kadang kala perlu menyiapkan kertas kerja sehingga lima pagi.

"Dari situ juga tabiat pemakanan Kak Ani berubah apabila sering makan pada tengah malam yang telah menyumbang kepada peningkatan berat badan," ujarnya.

Tambah beliau, anak sulungnya, Aliff yang bekerja sebagai jurulatih peribadi disebuah pusat kesihatan turut menawarkan diri untuk membantunya mencapai berat badan ideal.

Sementara itu, pada majlis sama, Noraniza turut mempromosikan produk Tahitian Noni yang menghasilkan jus mengkudu daripada Amerika Syarikat yang sangat berkesan untuk mengubati penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.


Noraniza berkata, walaupun tidak bertindak sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dia terpanggil untuk mempromosikan Tahitian Noni kerana telah mencuba sendiri produk berkenaan yang meninggalkan kesan cukup baik.

"Saya sebelum ini agak kurang percaya dengan produk-produk makanan tambahan tetapi selepas mencuba beberapa produk keluaran Tahitian Noni ini, saya mendapati ia memberikan kesan yang amat baik terhadap kesihatan saya," ujarnya. ~ Mstar



Affiliates

 
Chatroom