Home » » Program Diet R&Z Maxx 5+1

Program Diet R&Z Maxx 5+1

Program Diet R&Z Maxx 5+1 : Capai penurunan berat badan dalam tempuh singkat
Sememangnya sesiapa yang yang mengalami masalah berat badan akan menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Tahukah anda beriburibu kalori yang kita ambil setiap hari akan memudaratkan kesihatan? Mereka yang berkalori tinggi mudah terdedah kepada pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Bimbang akan keadaan ini dan merasakan anda memerlukan produk yang mampu menurunkan berat badan? Di sini kami ada penyelesaiannya. Kami mengesyorkan anda mengamalkan Program Diet R&Z Maxx 5+1 yang terdiri daripada rangkaian produk R&Z Maxx 5+1, R&Z Cereal, R&Z Maxx-5 Fiber, dan Supermaxx Body Creator dalam satu rangkaian set pelangsingan badan yang terbukti berkesan.

SARANAN PENGAMBILAN KALORI (NORMAL)

* Lelaki - 2,000 kalori setiap hari

* Wanita - 1,800 kalori setiap hari

Sarapan (7.00-8.00pg) 1 sachet R&z Maxx 5+1 = 75 kcal

Minum pagi (9.00-10.00 pg)

1 sachet R&Z

Cereal = 111.6 kcal

3 keping Roti High Fiber = 116 kcal

Makan tengahari (12.30-1.00ptg)

1 1/2 cawan nasi putih =260 kcal

1 ekor ikan kembung rebus @bakar @steam = 70 kcal

1 cawan sayur rebus tanpa minyak =40 kcal

Sepotong buah betik =45 kcal

1 Gelas air kosong = 0 kcal

Minum petang (3.30-4.00 ptg)

1 sachet R&Z

Cereal =112 kcal

2 keping biskut tawar High Fiber =76 kcal

Makan malam (5.30 ptg-6.00ptg)

1 Sachet R&Z Maxx 5+1 =75 kcal

Makan Malam

1 Gelas Air Kosong = 0 kcal

Bihun Tom yam Sayur Tanpa Lemak & Minyak (Kosong) = 300 kcal.

Minum malam

1 sachet R&Z Maxx-5 Fiber = 75 kcal

JUMLAH KALORI : 1355.6 kcal

Untuk mendapatkan kesan yang lebih maksimum dan menakjubkan, sapu Super Maxx Body Creator pada bahagian yang bermasalah. Amalkan juga senaman yang berterusan bagi mendapatkan berat badan yang ideal secara sihat semulajadi.

Program Diet R&Z Maxx 5+1 adalah sangat mudah kerana mampu membuatkan anda rasa kenyang dan tidak ingat untuk makan. Semestinya ramai yang tidak tahu pengambilan rangkaian set pelangsingan ini, anda masih boleh menikmati makanan seperti kebiasaannya. Apakah rahsianya? Jawapannya anda hanya perlu mengelakkan sementara pengambilan makanan seperti kek, pizza, KFC, mee, daging, ayam atau kueyteow dalam masa empat minggu pertama dan berusaha menjauhi makanan yang berkalori tinggi serta lemak dan minyak selepas sejam pengambilan minuman R&Z Maxx 5+1. Ini akan membolehkan proses `FAT BURNER' (pembakaran lemak) berlaku.

Dalam pada itu, pengguna tidak perlu ragu-ragu dengan kandungan produk R&Z Maxx 5+1 kerana ia adalah produk penurunan berat badan yang mengandungi Garcenia Cambogia dikenali sebagai Asam Gelugor yang mengurangkan kadar penukaran karbohidrat pemakanan kepada lemak dan kolesterol di samping peningkatan pengeluaran glikogen untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan.

Selain itu, ia menyekat selera makan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan. Penggunaan Guarana Extract pula adalah bertujuan untuk penurunan berat badan dan sesuai untuk mereka yang kekurangan tenaga dalam tubuh badan. Kandungan lain yang terdapat dalam set perlangsingan badan ini ialah Protein Soya, Sweet Almond Oil, Avocado Fruit Extract, Anisum Seed Oil, Beta Carotene, Multivitamins dan banyak lagi yang merangkumi satu set pelangsingan badan berfungsi untuk menegang dan melicinkan kulit.

Malah ia juga bertujuan melembab dan melicinkan kulit. Ia amat sesuai digunakan untuk memecah lemak berlebihan sekaligus membantu mengurangkan berat badan. Seterusnya, pengguna akan kelihatan lebih muda, anggun dan langsing. Beta Carotene berfungsi sebagai penggalak sistem imun dalam badan dan sebagai antioksida yang menyingkirkan bahan kimia dan toksik dalam badan yang akan melewatkan proses penuaan sekaligus menjadi satu jalan penyelesaian kepada masalah yang merungsingkan wanita zaman sekarang. Multivitamins pula membantu dalam menghasilkan tenaga yang diperlukan dalam badan yang mengelakkan kekurangan vitamin. Seterusnya, member kecergasan mental yang maksima.

Kami memberi jaminan 100 %, anda pasti mengalami penurunan berat badan yang sihat dan selamat jika anda mengikut arahan dan panduan yang disediakan. Melalui program ini juga, anda tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu, sebaliknya akan lebih bertenaga kerana ia memberi tenaga walaupun proses pembakaran lemak berlaku. Lebih menakjubkan, ia juga tidak menimbulkan masalah seperti kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan berat badan.

Jika anda setia dengan Program Diet R&Z Maxx 5+1 ini tanpa perlu berlapar, anda mampu mendapat purata penurunan berat badan dalam tempoh seminggu, iaitu antara 1 hingga 3 kilogram. Pengguna tidak perlu raguragu dengan set pelansingan badan ini kerana ia mendapat kelulusan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijamin selamat.

Apa yang penting Program Diet R&Z Maxx 5+1 membolehkan kita mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau `yo-yo effect' tidak akan berlaku sekiranya program diet ini diamalkan dengan kaedah yang betul. Selamat mencuba!

Hubungi Talian Hotline kami : 012-4708825 / 019-4770361




 
Chatroom