Home » » Rahsia kulit cantik mulus Amanda Imani

Rahsia kulit cantik mulus Amanda Imani

Amanda Imani membuktikan dia mempunyai aura tersendiri dengan hanya tersenyum. Ceria, manis, menggoda dan menawan. Cukup menjadi pakej wanita yang mempunyai daya tarikan. Kejelitaan wajah Amanda yang sentiasa segar tatkala memenuhi undangan media, fotografi dan nyanyian.

Memang sejak dari zaman remaja lagi, penyanyi yang sedang meningkat naik ini mementingkan penjagaan kecantikan dan kesihatan.

"Saya mengamalkan rutin kecantikan dengan menggunakan produk penjagaan kulit wajah. Setiap hari saya akan menggunakan pembersih berasaskan minyak, penyegar dan serum wajah. Saya juga akan menggunakan topeng wajah (mask) dan skrub dua atau tiga kali seminggu" ~ Amanda Imani

Amanda memilih produk kecantikan dari Korea dan Jepun.

Baginya, produk dari negara berkenaan sesuai dengan kulit orang Asia.


"Kulit saya amat sensitif. Justeru, saya amat cerewet tentang pemilihan produk," bicaranya.

Sebagai selebriti, Amanda mengakui jadualnya sangat padat dan kulit sentiasa terdedah kepada pencemaran yang menjejaskan kecantikan kulit terutama wajah.

"Sebelum memakai solekan, saya akan menggunakan krim pelindung cahaya matahari untuk mengelakkan wajah menjadi gelap dan kusam. Saya juga bukan seorang yang gemarkan solekan tebal.

"Cukup kelihatan semula jadi, manis dan segar," katanya yang gemar bersolek sendiri ketika membuat persembahan

Amanda turut memastikan wajahnya akan dibersihkan sebelum tidur.

Sebagai wanita muda, Amanda juga sangat mengambil berat soal pemakanan.

"Saya gemarkan yogurt, buah-buahan dan sayuran yang baik untuk detoksifikasi. Salad antara menu kegemaran saya. Memang sejak remaja lagi, saya diajar untuk mengamalkan pemakanan sihat," ujarnya Amanda.

Itulah petua kecantikan penyanyi Amanda Amani.



Affiliates

 
Chatroom