Home » » Resepi Float 2 +1

Resepi Float 2 +1

Dalam piramid makanan meletakkan buah-buahan dan sayur-sayuran pada tingkat kedua tertinggi yang perlu dinikmati. Bukan saja untuk dewasa, tetapi kanak-kanak juga tidak terkecuali.

Buah-buahan juga perlu diambil dua sajian sehari manakala sayur-sayuran pula tiga sajian sehari. Tinggi kandungan serat di dalamnya menyebabkan ia boleh diambil dalam kuantiti yang besar. Namun, bagaimana mahu menggalakkan si kecil ini makan buah-buahan? Apakah memadai sekadar berbicara dengan mereka mengenainya atau paling berkesan, menyediakan hidangan buah-buahan ini. Tapi bagaimana dan apakah menu paling sesuai?

Menurut Chef Andri Hadi, kanak-kanak tidak sukar makan buah-buahan berbanding sayur-sayuran.

Tambahkan jenis sayur ke dalam sajian float antara cara terbaik memperkenalkan mereka kepada rasa, pada masa sama menambah zat serta vitamin ke dalam hidangan itu. Antara menjadi pilihan ialah labu. Cara penyediaannya agak mudah, tetapi tarikan warna nyata mengundang si manja untuk menikmatinya," katanya.

Float buah sayur

BAHAN A - UKURAN - KHASIAT

Sayur labu - 80gm - Karotina/Vitamin C

Buah naga - 80gm - Vitamin C

Buah belimbing - 80gm - Vitamin C

Bahan B

Gula perang - 2 sudu besar -

Ketulan ais - 250gm - Protein

Air - 100ml -

Bahan C

Chocolate rice - 1 sudu kecil

Ais krim - 1 sudu kecil - Kalsium

Kacang badam - 1 sudu kecil - Protein

Kaedah memasak

* Potong dadu bahan A selepas membuang kulit serta biji

* Masukkan ke dalam alat pengisar ais dan masukkan bahan B

* Kisar sehingga halus dan pekat

* Tuangkan jus tadi ke dalam gelas dan letakkan bahan C di atasnya.

Hidangkan untuk si manja anda. Selamat mencuba!

Satu sajian berkhasiat buah-buahan (15 gram karbohidrat untuk satu sajian)

* Buah epal/lai/mangga/ciku 1 biji

* Pisang berangan (sederhana) 1 biji

* Pisang emas 2 biji

* Durian 3 ulas

* Anggur 8 biji

* Jambu batu/pir 1/2 biji

* Oren (kecil atau sederhana) 1 biji

* Betik/nenas/tembikai 1 potong

* Prun (saiz kecil) 4 biji

* Kismis 1 sudu makan

Sumber : Buku Panduan Diet Malaysia

(Terima kasih Chef Andri Hadi. E-mel: badakgigihresources@yahoo.com)




 
Chatroom