Home » » Resepi Udang Berkeju

Resepi Udang Berkeju

Resepi Udang Berkeju

BAHAN-BAHANNYA
600 gram udang harimau
280 gram keju
100 gram mentega
50 gram bawang putih
(dicincang halus)
10 gram garam
10 gram serbuk perasa
20 gram gula
50 gram susu cair

Cara membuatnya
Belah dua udang harimau. Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk
perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.

Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.

Susun udang atas dulang yang disapu mentega. Bakar dalam ketuhar pada
suhu sederhana kira-kira 10 minit.

Angkat udang dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi sumbangan
Hotel Grand BlueWave, Shah Alam.



Affiliates

 
Chatroom