Home » » Setem Ombak Rindu Edisi Terhad di Pos Malaysia (www.postme.com.my)

Setem Ombak Rindu Edisi Terhad di Pos Malaysia (www.postme.com.my)

Filem Ombak Rindu karya adaptasi novel nukilan Fauziah Ashari yang mencipta fenomena telah memberi ilham kepada Pos Malaysia untuk mengabadikan babak menarik Omabk Rindu dalam bentuk setem.

Setemm kenang-kenangan Ombak Rindu bukan sekadar hadiah untuk peminat tetapi dijadikan penggerak untuk mengembalikan nostalgia terhadap sistem komunikasi tanah air yang kini didominasi kepantasan e-mel, facebook, twitter, SMS dan pelbagai lagi.
Pos Malaysia berharap dengan memperkenalkan setem istimewa ini dapat memperoleh pengumpul setem yang baru.


Pakej setem kerjasama Tarantella Pictures juga Astro Shaw Sdn Bhd, adalah usaha pertama membabitkan filem tempatan.

Ini juga cara untuk mempromosikan filem tempatan kepada negara luar. Selain itu, semakin lama usia setem itu semakin tinggi harganya sehingga boleh meningkat 20 kali ganda. Justeru pengumpulan setem boleh dijadikan sebagai pelaburan.

Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, poskad babak-babak filem Ombak Rindu bersama DVD filem berkenaan.

Manakala set folder pula berharga RM59.90 memuatkan gambar daripada babak filem. Kedua-duanya dicetak sebanyak 1,000 saja. Sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com.

Setem khas itu mula dijual melalui portal talian PostMe www.postme.com.my dan di 14 cawangan Pos Malaysia terpilih hari ini. Diskaun 10 peratus diberi kepada pelanggan yang membeli koleksi edisi bermula Ahad lalu.

The limited edition Ombak Rindu SetemKu Album contains 24 colourful pages featuring the different scenes from the movie that is also captured on the personalised stamps.The number of SetemKu printed for each albums are 6 sheets containing 48 pieces of stamps.In addition to the personalised stamps, 11 Ombak Rindu postcards (ready to be posted with prepaid postage) are also included in the album as well as the DVD for Ombak Rindu and behind the scenes photographs.

Jadi, bagi peminat setem dan peminat Ombak Rindu, sila dapatkan setem Ombak Rindu edisi terhad ini di Pos Malaysia sebelum kehabisan!



Affiliates

 
Chatroom