Home » » Sinopsis drama Bismillah lakonan Zamarul Hisham

Sinopsis drama Bismillah lakonan Zamarul Hisham

Sinopsis drama Bismillah

Bismillah mengisahkan Syukri lakonan Zamarul Hisham terkena kejutan elektrik sehingga kudung kedua-dua tangan dan kaki juga terpaksa dipotong.

Syukri adalah abang sulung kepada empat beradik yatim piatu.Dia seorang mahasiswa universiti yang pulang ke kampung sempena cuti semester lalu dan bekerja separuh masa di ladang.

Mewujudkan konflik pada penceritaan, selepas Syukri terbabit dalam kejadian itu, dia kehilangan keyakinan diri untuk meneruskan hidup. Perubahan diri itu mendorong adik keduanya, Maisarah (Noorkhiriah) mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja di kilang.

Di sebalik kisah sedih dikongsi empat beradik ini, Syukri masih bertuah kerana mendapat perhatian Khadijah (Lisdawati) yang masih setia menyayanginya walaupun kekasihnya itu hilang anggota badan.

Lebih mencabar, adik bongsu perempuan Syukri mengalami kecacatan apabila tidak boleh bercakap dan berjalan dengan betul. Sebenarnya, setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Drama berjudul Bismillah terbitan Enuja Production dan diarahkan oleh Murali padat dengan mesej pengajaran pada penonton agar menilai kehidupan yang dilalui.
Mesej yang ingin disampaikan, kita harus reda pada apa juga ketentuan dan kejadian yang berlaku pada diri.

Skrip drama ini dihasilkan Siti Rohaya Abu Samah yang pernah bekerjasama dengan Murali menerusi drama Ku Hijrahkan Doa.

Info Drama Bismillah
JUDUL: Bismillah
PRODUKSI: Enuja Production Sdn Bhd
PRODUSER: Zainuddin Mohd Ismail
PENGARAH: Murali Abdullah
PENOLONG PENGARAH/KONTI: Redza Fahmi
PENGURUS PRODUKSI: Arie Zaharie

PENOLONG PENGURUS PRODUKSI:
Jebat Saufi
Along Nima Saufi

PENULIS SKRIP: Siti Rohaya Abu Samah
JURUKAMERA: Anjeli Mohamad
RUNNER: Rizal Rahim
HANDY: Aizol Arsyad Putra
PROP MASTER: Reza Ramli
JURUSOLEK: Muhamad Azri (Sell-A-Pro Entertainment)

PELAKON:
Zamarul Hisham (Syukri)
Noorkhiriah (Maisarah)
Lisdawati (Khadijah)
Daniel Muhammad (Syukur)
Awin Bahari (Munirah)
Nor Albaniah (Siti Fatimah)
Azhan Rani (Rahman)



Affiliates

 
Chatroom