Home » » Sinopsis Filem Bola Kampung The Movie

Sinopsis Filem Bola Kampung The Movie

Sinopsis Bola Kampung The Movie
Filem Bola Kampung The Movie mengisahkan tentang Amanda, seorang puteri dunia permainan maya 'Kingdom Hill' dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari wira legenda, 'Suria Warrior' yang mampu menyelamatkan negaranya daripada peperangan.

Setibanya dia di kampung itu, Puteri Amanda telah hilang ingatan dan wira Bola Kampung iaitu Iwan telah menyelamatkannya dan dari situ pelbagai peristiwa menarik telah berlaku.

Barisan pelakon yang meminjamkan suara mereka untuk filem tersebut antaranya Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Steven Tan, Baki Zainal, Noh (Hujan), Douglas Lim, Rahim Omar, Deanna Yusoff, Adila Shakir, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.

Filem ini akan menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dengan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya. Filem yang mengambil masa dua tahun sebagai persediaan itu akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya.



Affiliates

 
Chatroom