Sinopsis drama Secangkir Keredhaan
Telefilem Secangkir Keredhaan ini membawa penonton menyelami emosi Fariz (Ako Mustafa) yang mencari bapa kandungnya yang sudah lama terpisah. Faiz berdendam apabila mendapat tahu bapanya menjualnya kepada Saleha (Fadhilah Mansor) dengan harga RM5,000.
Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mencari bapanya, kereta Fariz terkena batu yang dibaling Syuqran. Fariz memberhentikan kereta dalam keadaan marah tetapi hatinya tersentuh apabila mendapat tahu Syuqran terpaksa buat begitu untuk menyelamatkan adiknya, Suriani, yang cedera.
Selepas menghantar Syuqran dan adiknya ke klinik, Fariz menghulurkan wang RM50 kepada kanak-kanak itu. Walaupun sudah dua minggu peristiwa itu berlalu, Fariz masih tidak dapat melupakan wajah dua anak miskin itu. Masih terngiang-ngiang di telinga doa Syuqran semoga Fariz dimurahkan rezeki. Ternyata doa anak kecil itu termakbul apabila Fariz mendapat projek besar.
Siapakah Syuqran dan Suriani sebenarnya? Berjayakah Fariz bertemu dengan bapanya yang lama menghilang? Ikuti jawapannya dalam Secangkir Keredhaan.
Secangkir Keredhaan lakonan Ako Mustafa, Fadhilah Mansor, Sofie Jikan, Abu Bakar Juah, Abu Bakar Omar serta dua pelakon cilik, Daniel Zulkifli dan Sarah Nadia Zulkifle bakal menemui penonton pada 25 April 2012, jam 8.30 malam.
Kau rasa dia suka aku tak? Tanda dia suka kamu
-
Tanda dia suka kamu Banyak gadis datang bertanya kepada teman mereka, Kau
rasa dia suka aku tak? Hakikatnya mereka masih berteka-teki kerana bimbang
dilabe...









