Home » » Sinopsis Skizo, drama Skrin di 9,18 April 2012

Sinopsis Skizo, drama Skrin di 9,18 April 2012

Sinopsis Skizo, Skrin di 9
Skizo mengisahkan Aisyah, lakonan Yasmin Hani berkahwin dengan Azlan (Ungku Ismail). Aisyah pewaris tunggal harta Datuk Zamani yang meninggal dunia akibat kapal terbang terhempas. Aisyah menyerahkan segala urusan perniagaan peninggalan arwah bapanya kepada Azlan.

Meskipun lima tahun bergelar isteri, dia belum dikurniakan cahaya mata dan bercadang untuk mengambil anak angkat tetapi Azlan tidak bersetuju. Azlan terpaksa meninggalkan Aisyah selama setahun untuk menguruskan perniagaan di luar negara.

Ketika pulang dari lapangan terbang, Aisyah terkejut apabila ada seorang wanita pengsan di depan pagar rumahnya. Apabila sedar, wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Suzana dan mengaku dirinya hamil. Suzana melarikan diri daripada kekasihnya yang zalim iaitu Sahul (Jashuke). Suzana mahu menggugurkan kandungannya tetapi Aisyah menghalang.

Memandangkan Aisyah sangat inginkan anak, Suzana mencadangkan supaya Aisyah menipu Azlan kononnya dia hamil. Suzana berjanji akan menyerahkan bayinya kepada Aisyah.

Rancangan itu bagaimanapun dapat dihidu Sahul dan menyebabkan Aisyah sering diugut lelaki tidak bertimbang rasa itu. Satu hari Aisyah bergelut dengan Sahul dan secara tidak sengaja tertikam Sahul. Aisyah panik lalu dia dan Suzana mencampakkan mayat Sahul ke dalam gaung.

Saksikan Skizo yang disiarkan pada 18 April 2012 di TV9. Skizo dibintangi Ungku Ismail, Nabila Huda, Jashuke dan Yasmin Hani.



Affiliates

 
Chatroom