Home » » Sinopsis Filem Aku Ada Kau Ada lakonan Shaheizy Sam

Sinopsis Filem Aku Ada Kau Ada lakonan Shaheizy Sam

Sinopsis Filem Aku Ada Kau Ada

Filem Aku Ada Kau Ada mengisahkan Nordin Ahmad pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin jadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Tina pula pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej.

Aku Ada Kau Ada

Filem Aku Ada Kau Ada

Namun Tina dan Nordin rupanya ‘bermusuh sejak kecil dan bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan perasaan marah Tina makin menjadi. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luah perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi jika Nordin terima cintanya.

PENGARAH: Rahila Ali
PELAKON: Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Wana Ali, dan Sufian Ali.
GENRE : Komedi/Romantik/Muzikal
DURASI: 1jam 30minit
KLASIFIKASI: P13
TAYANGAN: 24 Mei 2012

Trailer Aku Ada Kau Ada




Affiliates

 
Chatroom