Home » » Sinopsis Filem Animasi Brave

Sinopsis Filem Animasi Brave

Sinopsis Filem Brave

Filem Brave mengisahkan Merida seorang pemanah yang handal dari DunBroch, sebuah wilayah di Scotland. Dia puteri kepada pasangan Raja Fergus dan Permaisuri Elinor. Merida sebenarnya bukanlah seorang puteri yang cantik, malah berperwatakan kasar.

Merida juga seorang yang berani, lasak, agresif, degil dan jarang mendengar kata. Sifat itu wujud sejak dia masih kecil, hasil didikan ayahandanya, Raja Fergus yang menjadi orang pertama mengajarnya memanah.

Pada ulang tahun hari jadinya, Fergus menghadiahkan Merida menghadiahkan busar dan anak panah. Ketika pergi berburu, keluarga Merida diserang oleh seekor beruang purba.

Dalam pergelutan itu, ayahnya, Fergus hilang kaki kanan apabila dibaham oleh beruang ganas itu.

Apabila dewasa ayahanda Merida mahu dia menjadi seorang anak perempuan yang berani, ibunya pula mahu dia menjadi puteri sejati yang tampak sempurna di depan putera raja. Pelbagai peraturan dikenakan kepada puteri sulungnya itu dan Elinor turut menentukan jodoh Merida.

Suatu hari, Lords Macintosh, MacGuffin dan Dingwall memperkenalkan anak mereka untuk lawan memanah dengan Merida. Siapa yang menang akan dijodohkan dengan Merida.

Dalam pertarungan itu, anak Lord Dingwall menang secara tidak sengaja.

Tidak bersetuju dengan keputusan itu, Merida nekad menentang hasrat Elinor sehingga berlaku perselisihan faham yang menyebabkan Elinor membakar panah pemberian Fergus.

Seterusnya Merida lari meninggalkan istana dan tanpa diduga tindakannya itu membawa masalah besar dalam keluarganya, sekali gus mengancam nyawa ibunya yang terkena sumpahan ahli sihir dek perbuatan Merida yang terlalu mengikut kata hati. Secara tidak sengaja, ibunya bertukar menjadi seekor beruang.

Fergus pula menyangka Elinor mati dibunuh.

Akibat sumpahan itu, Merida terpaksa menjaga ibunya dan hubungan mereka menjadi semakin rapat. Pada satu keadaan, dia terpaksa melindungi ibunya daripada dibunuh oleh Fergus yang tidak mempercayai beruang itu adalah isterinya, Elinor.


Brave diarahkan Mark Andrews dan Brenda Chapman serta diterbitkan oleh Katherine Sarafian.

Watak dalam animasi itu menggunakan suara aktor dan aktres terkenal di Hollywood.

Merida menggunakan suara Kelly Macdonald, King Fergus (Billy Connolly), Queen Elinor (Emma Thompson), Lord MacGuffin (Kevin McKidd), Lord Macintosh (Craig Ferguson) dan Lord Dingwall (Robbie Coltrane).

Bagi mengiringi edaran filem itu, Walt Disney Records turut mengeluarkan album runut bunyi filem Brave mengandungi 20 lagu antaranya, Touch the Sky oleh Julie Fowlis, Into The Open Air (Julie Fowlis), Learn Me Right (Birdy), Fate and Destiny.



Affiliates

 
Chatroom