Home » » Sinopsis Nikallaya, drama corak keagamaan

Sinopsis Nikallaya, drama corak keagamaan

Sinopsis drama Nikallaya

Nikallaya mengisahkan seorang gadis dari Pattani itu sepatutnya menjalani penggambaran besar di selatan Thai, tetapi terpaksa diubah ke Jitra dan Kodiang, Kedah kerana terdapat penempatan masyarakat Siam di situ.

Drama ini diadaptasi daripada kisah benar mengenai Nikallaya Abdullah lakonan Nabila Huda anak kandung kepada Amnah (Normah Damanhuri) seorang gadis Islam Pattani yang dibesarkan dalam keluarga Siam oleh pasangan Sutin (Amontep Rimdusit) dan Pratip (Huttaya Kuratchatchaval) kerana ibu dan bapanya bekerja dengan pasangan terbabit.

Dek kerana dibesarkan dengan kemewahan, Nikallaya atau Alia berubah sikap dan bertindak menyertai pertandingan ratu cantik kerana berasakan kecantikan yang dimilikinya adalah anugerah yang perlu dihargai walaupun dihalang oleh ibunya kerana menyalahi hukum agama.

Alia yang bersikap kasar dan derhaka kepada ibunya sering kali mengalami pelbagai insiden sehinggalah wajahnya menjadi cacat. Rasa menyesal dan bersalah kepada ibunya, Alia pulang ke kampung, namun ibunya sudah meninggal dunia.

Bagi mengubati kembali lukanya dan kembali ke jalan yang benar, Alia berhijrah ke Kedah dan di situ dia bertemu dengan Munir (Shah Iskandar) seorang ustaz dari Aceh yang berhijrah ke Malaysia kerana kampung halamannya di landa tsunami.

Drama Nikallaya 14 episod arahan Aidil Fitri



Affiliates

 
Chatroom