Home » » Sinopsis Waris (drama bersiri TV3) bermula 14 Jun 2012

Sinopsis Waris (drama bersiri TV3) bermula 14 Jun 2012

Sinopsis Waris
Waris mengisahkan Marisa dan Rashad yang kehilangan anak kembar perempuan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada anak lelaki, Amar. Bagaimanapun, ketika bercuti di Terengganu, Amar yang menghilangkan diri ditemui diserang penyakit sawan tiba-tiba dan keadaannya membimbangkan Marisa.

Sebaik pulih, Marisa membawa Amar bertemu dengan ibunya, Mas Suri. Ternyata, apa yang dirisaukan Mas Suri selama ini menjadi kenyataan apabila sikap Amar yang ceria, sudah berubah menjadi murung dan cepat marah. Apakah itu menandakan saka Waris sudah bangkit semula dan menghantui mereka?

Apakah anak kembar perempuan Marisa sememangnya sudah meninggal dunia? Malah, apa pula tindakan Mas Suri seterusnya untuk membantu Marisa dan Rashad menyelamatkan keturunan mereka.

Drama bersiri Waris menemui penonton di TV3 bermula 14 Jun ini, jam 10 malam. Pelakon Waris terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd seperti Datin Paduka Umie Aida sebagai Mas Suri, Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Tengku Sariza atau Kuza (Mas Ayu).

Tidak ketinggalan, kemunculan beberapa pelakon lain seperti Liza Shadan sebagai Aida, Fadzrin Danial (Amar), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Mozalfa Faisa (Fariz) mengukuhkan lagi perjalanan cerita.



Affiliates

 
Chatroom