Home » » Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Amalkan sarapan dan bersenam

Semua orang tahu antara kunci bagi mencapai gaya hidup sihat adalah dengan bersenam. Walau bagaimanapun, selain daripada menjalankan rutin harian yang aktif, amalan pemakanan seimbang juga memainkan peranan yang penting. Pemakanan yang baik sangat penting kerana apa yang kita makan membawa kesan kepada kesihatan am dan mempengaruhi kadar tenaga yang kita gunakan untuk menjalankan kehidupan seharian.

Tidak dinafikan, kesihatan yang baik merupakan rahmat yang tidak terkira. Badan kita seperti jasad yang membawa kita sepanjang liku kehidupan. Oleh itu, selain daripada bersenam, badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik.

Cara terbaik untuk memulakan pemakanan seimbang adalah ketika hidangan pertama kita iaitu sarapan pagi. Juga dikenali sebagai hidangan paling penting setiap hari. Sarapan bagaikan mengakhiri puasa setelah 8 jam tidak makan. Oleh itu, zat baik yang anda makan pada waktu pagi membantu menghidratkan badan anda dan memberikan tenaga yang secukupnya untuk meningkatkan metabolisme dan menjadikan anda bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga waktu makan tengah hari.

Sarapan juga penting kerana kita memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalankan tugas dan aktiviti harian; sama ada di padang, di tempat kerja atau di sekolah. Ramai daripada kita memilih sarapan yang tinggi kalori, seperti nasi lemak atau roti canai untuk mengisi perut yang lapar. Ada yang memilih untuk tidak bersarapan langsung.

Berapa orang di antara kita yang mempertimbangkan isu sarapan, serta memilih hidangan yang terbaik untuk memulakan harinya? Melainkan hujung minggu, sarapan sentiasa menjadi hidangan yang tidak diutamakan atau dipendekkan waktunya akibat sibuk – pasti ada di antara anda cuma sempat makan pisang sebagai sarapan sebelum berebut untuk ke tempat kerja. Dengan jadual yang ketat, kepentingan sarapan sering diabaikan dan tidak lagi dianggap sebagai elemen penting dalam rutin pagi kita.

Tidak bersarapan mungkin menjadi satu amalan yang mudah, namun ramai pakar pemakanan profesional berkata bahawa pilihan ini tidak digalakkan, terutamanya bagi mereka yang hidup sibuk. Mengambil sarapan itu penting dalam memberikan tenaga kepada badan setelah 8 jam berpuasa. Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk memberi zat kepada badan dan memberi glukosa pada darah, yang dikenali sebagai gula darah. Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi otak dan membantu otot untuk menjalankan aktiviti fizikal setiap hari. Inilah sebabnya sarapan sangat penting untuk badan kita.

Sarapan membawa manfaat kepada otak dan badan. Mereka yang tidak mengambil sarapan pasti merasa resah, penat atau mudah marah. Hakikatnya, sekiranya seseorang tidak mengambil sarapan, dia akan mengalami perasaan lapar dan terdorong untuk memakan lebih banyak pada waktu makan tengah hari, atau bakal memilih makanan yang tidak berkhasiat. Akibatnya, strategi asalnya gagal dan sebaliknya membahayakan kesihatan mereka.

Sukar untuk mencari cara menyelesaikan rasa lapar dan ingin makan, kerana ini tentu mengganggu usaha untuk mengekalkan diet seimbang. Ini sebabnya sarapan sangat penting! Sarapan yang seimbang dan sihat tidak perlu mewah, dan tidak semestinya memerlukan masa persiapan yang panjang. Mulakan hari dengan minuman campuran mengandungi bijirin. Bijirin mengandungi kebaikan bijian sempurna, sumber yang kaya dengan pelbagai vitamin penting, mineral dan fitokimia, termasuk asid linolenik omega 3. Ia juga tidak mengandungi kolesterol, tinggi dengan kandungan serat boleh larut dan tidak larut dan kanji tidak boleh hadam, serta menjadi sumber karbohidrat dan protein yang baik. Secara ringkasnya, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang, ia membantu mengekalkan kesihatan anda.

Dapatkan minuman malt coklat yang telah dicampurkan dengan bijirin berkhasiat dalam paket yang mudah daripada jenama yang boleh dipercayai apabila anda membeli belah. Luangkan masa untuk membaca jadual kandungan bagi memastikan elemen yang terdapat dalam minuman.

Sarapan ideal seperti ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan makanan yang mengenyangkan, yang dapat mengelakkan rasa lapar sepanjang hari. Ini termasuklah para ibu bapa yang menyiapkan anak untuk ke sekolah atau pekerja yang bakal menghadapi tugas seharian di tempat kerja dan ingin mendapatkan cara untuk menikmati hidangan menyihatkan pada waktu pagi.



Affiliates

 
Chatroom