Home » » Sinopsis drama Bertemu Kasih lakonan Faizal Hussein,Zizan Nin

Sinopsis drama Bertemu Kasih lakonan Faizal Hussein,Zizan Nin

Sinopsis Telefilem Bertemu Kasih

Bertemu Kasih mengisahkan sepasang suami isteri, Syamsul dan Malisa yang mempunyai dua cahaya mata, Syukri, 12, dan Hakim, 1 tahun.

Pada satu hari, rumah mereka dirompak dan Hakim dilarikan seorang penyamun yang ingin menjual bayi untuk mendapatkan pulangan lebih lumayan.

Bagaimanapun, ketika melarikan diri dalam hutan, penyamun itu ditembak rakannya dan cedera parah tetapi dia sempat menyembunyikan Hakim di bawah pokok bersama barang rompakan. Akhirnya, penyamun itu ditemui mati di sebatang sungai.

Hakim pula dijumpai Pak Kilat dan dialah yang membesarkan Hakim yang diberi nama Gebo di perkampungan Orang Asli suku Jakun. Pak Kilat juga mempunyai seorang anak perempuan, Kasih, 2 bulan.

Selepas 28 tahun berlalu, Syukri, seorang detektif ditugaskan ke pedalaman Pahang untuk membantu pihak polis menyiasat sindiket menculik bayi yang bersembunyi di perkampungan Orang Asli.

Syukri menyamar sebagai pengkaji kehidupan masyarakat Jakun di sekitar Tasik Chini. Pada suatu hari, ketika Syukri tiba di perkampungan Jakun, dia dipatuk ular dan pengsan. Dia ditemui Gebo di hutan dan dibawa ke rumah Pak Kilat untuk diubati.

Telefilem Bertemu Kasih menampilkan barisan pelakon iaitu Faizal Hussein (Syukri), Zizan Nin (Gebo/Hakim), Sidik Hussin (Pak Kilat), Juliana Ibrahim (Kasih) dan Azmi Ahmad. Ia akan disiarkan menerusi saluran TVi (Astro 180) di RTM.

Telefilem genre kekeluargaan Bertemu Kasih arahan Roslan Hussin dan terbitan Aquila Emas Sdn Bhd (AESB).



 
Chatroom