Home » » Sinopsis Tetap Maghrib lakonan Eira Syazira

Sinopsis Tetap Maghrib lakonan Eira Syazira

Sinopsis drama bersiri Tetap Maghrib Tetap Maghrib mengisahkan pertembungan dua insan yang berbeza latar kehidupan namun takdir menguji dan menukarkan tempat keduanya bagi menyedarkan mereka. Kisah berlaku dalam bulan puasa apabila suara lunak Luqman yang mengalunkan azan menandakan tibanya waktu berbuka, berjaya melembutkan hati keras Hanim yang mulai sedar mengenai dosa yang dilakukannya selama ini apabila menjadi pelacur sehingga melahirkan zuriat bernama Haziqah. Penghijrahan Hanim dan Haziqah ke tempat baru serta menjadi jiran kepada Luqman nyata merubah semuanya. Keperibadian jiran-jiran barunya yang begitu menitikberatkan soal agama sedikit sebanyak menyuntik keinsafan di hati Hanim. Tambahan pula dia mendapat sokongan anaknya ingin ibunya berubah. Namun hakikatnya Hanim terdesak melakukan kerja tidak bermoral itu atas alasan mahu mengumpul wang untuk pembedahan penyakit jantung Haziqah. Begitu juga perbelanjaan seharian mereka dua beranak. Atas nasihat jirannya, Faridah yang juga ibu Luqman, Hanim memasang niat untuk berhijrah. Faridah juga pada masa sama berperang dengan perasaan sendiri dengan sikap Luqman yang hanya nampak alim sekadar di luaran saja. Sisi lain Luqman seorang anak yang enggan mendengar kata dan ingkar terhadap ibunya. Kemunculan Nisa, isteri Luqman seorang guru yang baru dapat berpindah mengajar di daerah itu mendekatkan Hanim dengan keluarga itu. Hanim ingin sekali mendekati Nisa dan belajar agama dengannya. Luqman sebaliknya melarang Nisa berbaik-baik dengan Hanim kerana beranggapan Hanim wanita kotor. Faridah sangat kecewa dengan situasi itu dan hatinya terluka dengan sikap buruk sangka Luqman terhadap Hanim. Apatah lagi ketika mereka menjalani ibadah puasa. Suatu hari Luqman tiba-tiba tidak boleh bergerak dan suaranya menjadi serak kerana dia menghidap batuk yang sangat teruk. Nisa sedih melihat keadaan suaminya dan cuba memujuk supaya Faridah memaafkan anaknya itu. Hanim pula simpati dengan Luqman dan dia sedang belajar untuk berubah dan nekad meninggalkan dunia pelacuran. Hanim pada masa sama berdoa supaya Luqman sembuh seperti sedia kala dan boleh mengalunkan azan semula. Drama bersiri menyentuh hati Tetap Maghrib ke udara setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi TV2. Tetap Maghrib dibintangi Eira Syazira sebagai Hanim, Razali Hussain (Bilal Luqman Hakim), Farah Nadia Zulkifli (Haziqah), Rafidah Ibrahim (Nisa), Hairi Safwan Aznan (Che') dan Khatijah Tan (Faridah), drama arahan Mohd Fahmi Sarindi ini menjalani penggambaran di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.



 
Chatroom