Home » » Resepi Nasi Beriani Gam Ayam

Resepi Nasi Beriani Gam Ayam

Resepi Nasi Beriani Gam Ayam

Penyediaan Bahan-bahan:

Untuk nasi

* Basmathi 1 kilogram (kg)

* Daun pandan 3 helai

* Bawang merah

* dikisar 100 gram (gm)

* Bawang putih

* dikisar 100 gm

* Halia

* dikisar 10 gm

* 1/2 tin minyak sapi

* 1 tin susu cair

* 1 sudu pewarna kuning

* Garam

Untuk ayam

* Ayam

* Bawang merah

* dikisar 100 gm

* Bawang putih

* dikisar 100 gm

* Halia

* dikisar 20 gm

* Kayu manis 1 batang

* Cengkih 3 kuntum

* Bunga lawang 2 kuntum

* Rempah beriani sepaket

* Ketumbar

* 100 gm

* Jintan manis 10 gm

* Jintan putih 10 gm

* Susu cair 1 tin

* Daun pudina 50 gm

* Daun ketumbar 50 gm

* Garam

* Gula

Cara masak lauk

* Panaskan minyak kemudian tumis kayu manis, cengkih dan bunga lawang.

* Masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.

* Masukkan rempah beriani, ketumbar, dan jintan. Tumis hingga pecah minyak.

* Masukkan ayam masak hingga empuk.

* Akhir sekali masukkan susu cair dan garam secukup rasa.

Cara masak nasi

* Panas minyak sapi kemudian tumis bahan kisar dan daun pandan hingga naik bau.

* Masukkan susu dan pewarna kuning.

* Masukkan beras

* Kacau hingga sebati

* Biarkan di atas api sederhana sehingga masak

* Selepas nasi sudah masak, masukkan ayam

* Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Terima kasih Eksekutif Chef Sous, Samsuddin Ahmad
- Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur



Affiliates

 
Chatroom