Home » » Panduan penyusuan ibu yang berjaya

Panduan penyusuan ibu yang berjaya

10 langkah penyusuan ibu yang berjaya

10 langkah telah dibentangkan pada 1989 sebagai Kenyataan Bersama WHO/ UNICEF dalam usaha Perlindungan. Promosi dan Sokongan Penyusuan Ibu: Suatu peranan istimewa dalam Perkhidmatan Perbidanan. Deklarasi Innocenti pada 1990 itu, menyeru dunia untuk melaksanakan Sepuluh Langkah ini secara menyeluruh di semua agensi perbidanan menjelang 1995. Dua dekad kemudian, lebih 152 buah negara telah mempunyai hospital Rakan Bayi.

Mereka telah melaksanakan 10 Langkah dan dengan penambahan beberapa bahagian berkenaan dari Kod Tataetika Pemasaran Gantian Susu Ibu Antarabangsa, telah membantu untuk menghalang promosi susu formula kepada pengamal penjagaan kesihatan dan orang awam.

Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu:


1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.

2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.

3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.

4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.

5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.

6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.

7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu ("rooming-in") - membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.

8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.

9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.

10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.





Affiliates

 
Chatroom